~ Santai Bersama Keluarga ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti 2018 sudah sampai penghujung. Kemana kawan-kawan semua meluangkan masa bersama anak-anak, bonda, adik beradik dan ahli keluarga? Mesti menarikkan dapat meluangkan masa bersama. Alhamdulillah, penghujung cuti kami dapat meluagkanasa bersama. Percutian tanpa dirancang. Bak kata omputeh 'on the spot'. Kebetulan adik bongsu pun ambil cuti hari sebelum Krismas, maka kami melarikan mama ke Teluk Kemang dan Teluk Batik. Dah tak rancang, just bawa je bekal baju kalau ada homestay yang kosong. Kalau tak ada, selepas berkelah dan mandi manda di laut, balik la semula ke Sungkai untuk bermalam di teratak bonda tercinta. Kami bertolak dari Sungkai jam 11 pagi. Jalan memang tak tau. Ikut je la cik waze bagi arahan sebab yang pernah pergi sini mama, adik, Atam dan Arwah Abah. Arwah abah memang teror la bab jalan ni. Jalan Sabah pun dia boleh ingat walaupun lepas 10 tahun. Sampai di Teluk Kemang, Ya Allah...ramainya orang. Dah la deng...