~ Kasih Sayang Yang Tiada Sempadan.....Agnesia ~
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah masuk minggu kedua cuti sekolah. Rumah tunggang langgang tu biasa. Anak-anak bergaduh pun biasa.
Apa plan cuti sekolah mommy sekelian? Cuaca tak menentu kan sekarang ni Tambah kalau anak jenis kulit sensitif. Salah sikit je mula la bergaru.
Oleh itu, Agnesia Malaysia telah memperkenalkan Set Kasih Sayang. Dalam set ini Agnesia telah menawarkan 3 botol Mini Agnesia setipa satunya seberat 30g. Set Kasih Sayang ini menawarkan 3 haruman dalam 1 set iaitu Klasik yang mana yang kita semua sedia maklum, Lavender dan Ros. Dah ada bau baru....best betul.
Set Kasih Sayang dengan moto Kasih Sayang Yang Tiada Sempadan sesuai untuk perlindungan keluarga kita setiap hari. Haaa....kalau ada ruam tu, gatal ke tiba-tiba, sapu je. Memang selesa.
Bedak Agnesia ini juga mengandungi 25% zinc oxide yang bertujuan menyerap kelembapan air yang berlebihan dan membantu mencegah ruam panas. Memang bagus untuk anak-anak yang jenis mudah berpeluh dan ruam ni.
Selain dari itu juga, bedak Agnesia ini juga mencegah jangkitan bakteria, anti bakteria la senang nak cakap dan mempunyai pengawalan bau yang menjadikan kita kekal segar sepanjang hari.
Kalau mommies nak tau juga, bedak Agnesia telah 100 tahun berada di pasaran. Lama tu. Kita pun tak hidup selama tu. Jadi, ia merupakan bedak yang dipercayai untuk melindungi kulit keluarga kita. Yey.....boleh keluar berjalan tanpa rasa risau kerana pek Mini Agnesia boleh di bawa kemana saja.
Muat je dalam tangan mama yang kecil comel ni
Okey, untuk info lanjut, boleh pergi ke Facebook Agnesia.Apex. Banyak peraduan yang Agnesia tengah jalankan sekarang.
Selamat bercuti...
Comments