Posts

Showing posts from November, 2014

~Jatuh~

Assalamualaikum.
Hari ni nak cerita pasal jatuh. Jatuh apa? Jatuh cinta? Bukan.... Jatuh yg betul adalah jatuh terlentang. Alah...tu pun nak kecoh kan? Ni bukan jatuh terlentang biasa. Jatuh terlentang masa mengandung.  Owh...tidak...merbahaya... Sakitnya hanya Allah yang tau. Tak tau la cmne boleh jatuh.  Tau2 dah terlentang. Amat menyakitkan, amat menyiksakan.  Dah seminggu jatuh tp kesannya still sakit sampai sekarang.  Paling seksa nak duduk & nak bangun. Tido pun boleh mengereng je.  Dugaan betul mengandung kali ni.  Masa mengandungkan Qabil dulu rilex je blh basuh baju guna tangan stok seminggu usung dari bilik air atas & jemur di bawah.  Mungkin effect dulu2 kot. Dulu pun ada gak selalu jatuh terlentang.  So kesannya sekarang baru rasa. Almaklum la kan. Usia bukan makin muda.  Harap dapat meneruskan kandungan dengan selamat.  Ada lagi 8 minggu to go.
Amin.