Posts

Showing posts from April, 2017

~ Child Fun Day ~

Image
Assalamualaikum Hari ni dah masuk pertengahan minggu hujung bulan April. Sekajap je masa berlalu kan. Dah habis suku pertama tahun 2017. Minggu lepas dapat peluang bawa Qabil dan Qayyim ke Jungle Gym. Sebenarnya reward untuk Qabil sempena kejayaan dalan Ujian Penggal Petama tahun 2017. Alhamdulillah rezult dia ok. Semua A dan markah 90 peratus dan ke atas. Harap reward ni dapat memberikan semangat untuk Qabil supaya lebih berjaya. Mama dah janji kalau dapat no 1, reward lagi besar akan diberikan. Qayyim tumpang tuah kejayaan abg. Nanti Qayyim pun akan dapat peluang yang sama. Insya'Allah. Doakan mama dimurahkan rezeki. Jungle Gym adalah tempat riadah untuk kanak-kanak di dalam shopping complex. Selesa dan selamat sebab lantai dan semuanya ditutupi permukaan yang lebut. Jungle Gym ni terletak di Atria Shopping Complex. Kami guna Waze apps je nak pergi ke sini. Yela kan. Cik Abg bukan suka berjalan. Mau sesat la kalau tak guna Waze ni. Tiket masuk pula seperti

~ 40 hari tanpamu... ABAH~

Image
Assalamualaikum Salam untuk semua.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat & sejahtera. Dah 40 hari kami lalui tanpa abah. Sedihnya masih terasa. Ye la, dah 36 tahun kan...tetiba abah pergi sekelip mata. Kesannya pasti akan terasa sampai bila-bila. Yang pasti mama adalah yang paling terasa kehilangan abah. Banyak perancangan mereka termasuk untuk kenduri Atam. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Tapi mama ada cakap yang abah pernah cakap pada mama yang abah cakap abah tak teman mama tunaikan haji nanti. Abah hanya temankan mama pegi umrah je.  Alhamdulillah, hasrat mereka untuk menunaikan umrah bersama termakbul. Selepas setahun mengerjakan umrah, abah dipanggil Pencipta-Nya. Gambar abah dgn mama masa menunaikan umrah Tak boleh nak sambung cerita. Air mata mesti menitis. Nanti lain kali sambung. Damai lah abah di sana.  Al- Fatihah

~ Carrot Cake with Cream Cheese Frosting ~

Image
Assalamualaikum & salam Jumaat.  Minggu ni Bizi sikit sebab ada audit 2016. Tapi makan tetap makan khen.... Dah lama xbuat kek. Dok buat cupcake je untuk Qayyim bawak bekal g skolah. Anak bujang kecik ni kena bagi bekal. Kalau tak dia susah nak masuk sekolah.  Jadi....seru rajin lebih sikit mai minggu ni. Dah lama nak buat carrot cake ni. Sebelum ni makan yang Secret Receipe je. Pernah beli tempat lain tapi tak sesedap SR. Dah nama pun SR khen.... Dok tengok resepi Carrot Cake dok lalu lalang dalam group Aku Masak Kau Yang Panas dalam FB.  Carrot pun dok beli, cheese pun ada. Jadi....paksa diri untuk buat kek ni. Tengok resepi senang je. Tunggu hero kecik tu tido...kita start mixer.   Carrot Cake with Cream Cheese Frosting.  Kuning & putih. Lupa carrot kaler Oren. Abaikan deco sememeh. Jenuh berperang dengan hero kecik, dia pun nak deco sama.   Resepi kek ni senang je. Tak de nak kena asingkan putih & kuning macam sesetengah resepi tu. Tap

~ Qabil oh Qabil ~

Image
Assalamualaikum Hari ni Isnin minggu pertama bulan April 2017. Sekejap je masa berlalu. Qabil pun sekarang dah darjah 3. Still di kelas pertama, 3 Utarid. Sebelum cuti penggal pertama hari tu, semua sekolah di Malaysia (eceh) akan mengadakan Ujian 1 bagi menguji penguasaan tahap pelajar sepanjang 3 bulan pertama persekolahan. Mama tak tau la apa yang abah cakap pada Qabil sebab Qabil nampak takut nak tunjuk kertas exam bila mama minta. Asyik cakap cikgu tak bagi lagi. Mama pun pelik. Jadi mama amek inisiatif cek online dekat web yang pernah mama tunjuk sebelum ni. Alhamdulillah result Qabil bagus. Semua subjek 90% dan ke atas dan Qabil dapat no 3 dalam kelas dan keseluruhan. Setelah mama ugut, baru Qabil bagi mama kertas exam Qabil. Sedih mama bila Qabil buat perangai camtu.  Setelah mama selidik, rupanya abah ada cakap dekat Qabil kalau tak dapat semua subjek 100% abah nak rotan. Ya Allah! Sampai macam tu sekali Qabil punya pressure. Kesian Qabil. Mama faham sekar