Posts

Showing posts from July, 2018

~ Panggilan Kaabah ~

Image
Bulan Haji Telah tiba lagi Untuk kita menunaikan ibadah Haji di Baitullah.... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingat tak lagu di atas? Lupa dah. Rasa macam betul dah tu liriknya. Musim haji telah tiba lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tempat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Seramai 30,200 jemaah dari negara kita bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini mengikut sumber dari Tabung Haji. Penerbangan pertama telah pun berlepas pada 14 Julai 2018 dan penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 14 Ogos 2018.  Alhamdulillah, tahun ini mama terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji. Mama berangkat ke Madinah pada 29 Julai 2018. Insya'Allah mama akan tiba di Malaysia pula pada 13 September 2018. 45 hari kami berjauhan dari mama.  Jelas terpancar keceriaan di wajah mama Buat pertama kalinya tahun ini jemaah haji dari Lembah Kelang dan sekitarnya berlepas dari tempat baru iaitu Kompleks TH Sepang yang

~ Homemade Playdoh ~

Image
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Selamat bersantai bersama keluarga yang tersayang. Apa aktiviti hujung minggu anda semua? Pergi bercuti atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah? Keluarga saya biasanya kalau hari Sabtu adalah hari mendobi. Hari Ahad pula, hari mencari barang dapur dan bawa anak-anak keluar. Kesian pula budak-budak ni. Isnin hingga Jumaat terperuk di sekolah dan nurseri je. So hari Ahad, bawa keluar walaupun hanya bawa pergi makan ais krim. Tak tau kenapa, hari ni si Qayyim dok berzikir nak playdoh je. Tambah pergi Mr. Diy nak beli barang. Tapi kami tak belikan pun sebab takut beli nanti dia main, masuk dalam mulut. Makanya mama pun alihkan perhatian dia dengan ais krim. Nampaknya berjaya buat masa sekarang. Jadi, boleh sambung beli barang. Misi ke Jusco sebenarnya nak beli telur sebab telur gred A murah di Jusco. Dah pergi Jusco, mesti la masuk Mr. Diy tu. Untuk masa sekarang, masalah zikir playdoh dah selesai. Bawa anak-anak makan dan bal

~ Selamat Pengantin Baru Adikku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti blog ini. Eh, ada ke orang yang follow? Blog pun suam-suam je kan. Bukan blog femes pun. Sekadar nukilan perjalanan kehidupan yang dilalui untuk kenangan.  Alhamdulillah, pada tanggal 6 Julai 2018 merupakan detik bersejarah buat adinda Atam aka Mohd Zuhri Syahmir b. Abdul Aziz kami. Anak lelaki bongsu dalam keluarga kami. Anak ke 6 dari 7 adik beradik. Anak manja mama ni. Dulu masa kecik memang la tak boleh berenggang dengan mama. Mama pegi toilet pun dia tunggu depan pintu toilet. Dah besar pun macam tu. Tapi tak de la dah nak tunggu depan pintu toilet. Nak shoping pun usung mama gak.  Bercerita tentang Atam ni, memang boleh jadi bahan usikan. Dengan kulit yang putih seperti mama, muka yang jambu seringkali dia disalah anggap sebagai perempuan yang nak jadi lelaki oleh makcik-makcik bawang. Hello makcik. Tak perasan ke halqum punya besaq kat leher dia tu. Ayo....tp dia memang jambu kot.  Majlis pernikahan berla