Posts

Showing posts from June, 2017

~ Homemade Cookies by Sweetie Aznie ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Hari ni masuk hari ke 25 umat Islam berpuasa. Dah nak penghujung Ramadhan. Ok, dah nak raya ni kan. Mesti semuanya sibuk menyediakan persiapan menyambut Aidil Fitri. Kaum perempuan la kan yang selalunya sibuk membuat persediaan. Bagi kaum ibu, pakaian anak menjadi keutamaan. Selain dari baju raya, persiapan lain juga dalam senarai orang perempuan khan... Apa dia???  KUIH RAYA!!! Ha....kuih raya kan. Mana yang pandai buat, mesti la menyediakan kuih raya air tangan sendiri kan..bagi yang mengalami kekangan masa, banyak kuih raya yang terdapat dipasaran sekarang. Pilih saja apa yang disukai. Yang penting, siapkan ongkosnya. Tahun ni, Sweetie Aznie menyediakan 7 jenis kuih raya. Jangan risau, insya'Allah sedap.  Jom kita tengok apa yang Sweetie Aznie sediakan untuk lebaran tahun ini. Insya'Allah Sweetie Aznie tidak akan mengecewakan tekak anda semua. Signature ku

~ Ulang Tahun Kelahiran-Mu, SYG ~

Image
Assalamualaikum & salam penghujung Ramadhan. Kita dah nak masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan dah. Sekejap je masa berlalu. Semoga kita semua berada di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya. 14 Jun datang lagi. Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada teman hidupku, En Khairul. Sayang doakan semoga abang sentiasa sihat, tak mau sakit gout. Semoga abang di murahkan rezeki, semoga abang gembira, semoga segala impian menjadi kenyataan. Tapi impian tambah "cawangan" tak mau yeeee. Kasih, sayang dan cinta sayang untuk abang.

~ 9 Tahun Sudah Usiamu, Anak ~

Image
Assalamualaikum. Sekejap saja masa berlalu. Sekarang umat Islam sudah menjalani separuh dari ibadah puasa. Mesti ramai yang dah mula membuat persiapan bagi menyambut Hari Lebaran yang mulia. Alhamdulillah, 6 Jun 2017 anakanda Muhammad Qabillah Ulwan genap umur 9 tahun. Sekejap je Qabil membesar dari baby menjadi anak remaja.  Qabil yang sweet, Qabil yang manja, Qabil yang bijak. Qabil...satu antara sejuta. Membesarkan Qabil adalah anugerah terindah buat mama. Tahun ni birthday Qabil jatuh pada bulan puasa. Jadi kita postpone sambut sekali dengan abah raya nanti la. Boleh sambut ramai-ramai dekat kampung nanti. Baru best makan kek. Mama nak Qabil tahu yang kasih sayang mama tak berkurang walaupun dah ada adik. Qabil tetap anak mama yang terbaik. Semoga Qabil terus membesar dengan sihat, bijak, soleh dan menjadi anak yang terbaik untuk mama.  Mama sayang Qabil sangat-sangat. Sekarang dah pandai bergaya macho

~ Apam Pisang Madu ~

Image
Assalamualaikum. Salam Ramadhan ke-7, insya'allah.  Pejam celik pejam celik, dah nak masuk seminggu kita berpuasa. Masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita. Sempena Ramadhan kali ni, sempat la berbuka puasa bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Alhamdulillah. Sementara Qabil cuti sekolah kan.  Menu yang dicuba untuk Iftar kali ini adalah APAM PISANG MADU.  Haaa....jangan pulak lepas ni dok menggagau cari pisang madu. Tak jumpa la kan. Resepi ni menggunakan madu. Sebab tu la nama dia lagu tu.  Lagi satu, jangan pikir madu lain pulak tau. Ada jugak yang kena tu.  Resepi ni senang. Pakai je la pisang apa pun. Asalkan sukatan dia 1 cawan pisang yang dilenyek. Tapi disebabkan malas nak sukat pisang tu, taram je pakai 3 bijik pisang cavendish tu. Rasa apam ni seakan-akan cakey. Gebus dan lembut. Sebab dia pakai baking powder dan soda bikarbonat. Resepi sapa? Resepi dari Azlina Ina, cikgu memasak di Facebook. Yang ni untuk Iftar rumah Pak Aji aka