Posts

Showing posts from May, 2017

~ Pertama Kali Tanpamu....ABAH ~

Image
Assalamualaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah lain dengan sebaiknya. Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 5 puasa. Tahun ni jugak berpuasa tanpa seorang insan bergelar ABAH. Sesuangguhnya mama yang paling terkesan. Selalu tiap-tap petang lepas masak untuk berbuka, akan keluar meronda bazar untuk mencari kiuh dan agar-agar sebab abah & mama tak suka makan nasi masa berbuka. Tapi tahun ni, mama pun tak boleh ke bazar kerana masih dalam tempoh eddah. Jadi, sementara berpeluang, kami pulang ke kampung untuk berpuasa bersama mama. Tak de la lama. Dapat la berbuka 2 hari bersama mama. Semua menu berbuka adalah serve by me. Tak pe la, bagi mama berehat.  Dah balik kampung tu, memang akan la terdengar mama dok bercakap pasal memori dia dengan abah. Memang la memori akan kekal bersama. Lagi pun abah dan mama tak pernah berpisah kecuali abah pergi kursus je. Kalau pergi lawatan pun dulu masa duduk Felda, mama akan p

~ Churros - Rangup di luar, gebu di dalam ~

Image
Assalamualaikum. Salam penghulu hari Jumaat yang mulia. Hari ni kita tayang Churros gak. Ala...macam cucoq tapi dia up cket la sebab cicah dengan nutella ke, coklat cair ke.. kalau cucoq cicah sos je. Tak pun makan saja pun sodap. Churros ni sekarang glamer dekat cafe-cafe hipster. Orang kata, orang yang kata tau, bukan kita. Orang kata kalau makan churros kat cafe hipster harga dia blh tahan la. Sedang-sedang je. Tak tau la sebab tak pernah makan kat cafe-cafe hipster ni.  Jadi kita try buat. Tak susah pun sebenarnya. Bahan pun simple. Selalu orang buat guna acuan semperit nak bagi nampak macam gerigi-gerigi tepi dia. Kalau takde pun boleh bulat. Gunting je hujung piping beg tu, bia je dia bulat togel. Sama je rasa dia. Takde piping beg pun takde masalah, masuk je dalam plastik biasa yang orang jual air tu. Nampak gerigi tu sebab kita pakai acuan semperit. Cicah nutella. Sedap Churros Churros ala acah mkn dkt cafe hipster kononnnn. Mahal la kat sana, kita bu

~ Kopi Anggun Pesona ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ni baru betul hari Khamis. Dari semalam dok ingat hari Khamis. Dah tak betul dah sebab tido tak teratur. Si bujang kecik tu demam dan batuk. Kalau dia batuk, memang seksa sebab dia akan muntah. Sehari berhelai-helai baju tukar. Toto, cadar, masam je bau sebab kena muntah. Nasib baik la sekarang musim panas. Cepat sikit kering. Lega jugak la sebab dulu beli mesin basuh muatan 13kg. Kalau tak, jenuh jugak dok asyik kena hantar dobi. Bagi kebanyakan perempuan yang dah menjadi isteri dan ibu, tak cukup tidur memang akan menjadikan badan letih dan tak bertenaga. Tambahan pula keesokan harinya perlu bekerja. Suri rumah juga tidak terkecuali, kerja 24jam perempuan ni. Jadi pembekal tenaga amatlah diperlukan. Tambah yang sarapan kelaut..tapi kena sarapan jugak tau walaupun sekadar seketul roti. Kopi Anggun Pesona keluaran Susuk Dara Resources amat sesuai untuk wanita. Ia bukan sekadar kopi 3in1 seperti yang ada di pasaran tau. Ianya mengan

~Menjana Minda Anak Anda~

Image
Assalamualaikum Thursday Blues...hahaha terasa macam hari ni hari Isnin sebab semalam cuti Hari Wesak. Selasa pulak cuti sebab g sukan sekolah Qabil. Tu yang macam mengantuk je hari ni. Hamboi...cukup la 2 hari... Hari ni buka nak cerita pasal sukan sekolah Qabil. Nak cerita permainan yang boleh menjana kreativiti dan minda anak-anak. Bukan anak-anak je suka. Mama dengan abah pun suka tau. Dari zaman Qabil kecik, sampai la sekarang ni ada Qayyim. Permainan ini memang menjadi pilihan kami sebagai ibu bapa. LEGO Haaaa...betul. Lego. Lego ni memang bagus bagi kreativiti anak-anak. Memang bayak set permainan Lego yang kami beli untuk Qabil dulu sebagai reward atas kejayaan dia selain buku. Sekarang ni pun Lego masih menjadi pilihan kami. Qayyim juga nampakna tertarik dengan permainan Lego ni walaupun apa yang dia bina tidak mengikut apa yang dipamerkan di kotak. Itu la fungsi sebenar Lego ni. Menjana perkembangan anak-anak di luar kotak. Ayat...kerlas.... Dibawah sebah

~ Percubaan Ke-2 ~

Image
Assalamualaikum semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat di bawah lindungan-Nya. Kalau tak sihat, makan ubat tau. Sekarang ni mood nak buat kek, biskut, benda manis, benda kukus, benda bakar terover menyeru. Tambah pulak dah 2 minggu berturut-turut Isnin cuti. Jadi, kalau dah cuti lama, makan je. Nak kena masak, nak kena pancing selera anak. Kali ni kita pancing dengan Apam Polkadot. Apam ni resepi rakan FB iaitu Mila. Bahannya cuma 4 je. Mudah sangat. Berbeza dengan resepi yang pernah try dulu. Yang dulu nak kena pakai telur sejuk la. Bahan pun banyak. Yang ni memang simple. Tambah bahan memang ada stok kat rumah. So kita try lagi sekali buat Apam Polkadot ni guna resepi Mila pulak. Gebus dan montok Kali ni letak dalam acuan cupcake. So besar seket sebab cawan kertas biasa tu dah habes. Nak kena g beli ni. Dalam dia inti nutella. Senang sebab nutella memang ada. Kita tak suka jem.  Di bawah ni resepi yang digunakan. Simpan sini untuk kegunaan m

~ Kek Karamel Pelangi ~

Image
Assalamualaikum. Dah 2 minggu berturut-turut hari Isnin Cuti Umum. Jadi takde la Monday Blues kan? Hahaha..best jugak cuti lama cket. Kadang-kadang tak rasa pun cuti. Sabtu sebok dengan mendobi baju seminggu dengan menyental baju sekolah stok seminggu anak bujang. Ahad pulak hari g beli barang dapur dengan seterika baju stok seminggu. Almaklum la perempuan. Kerja tak pernah habis. Tapi alhamdulillah Cik Abang sedia membantu. Urusan memasak boleh diserahkan kepadanya. Sekarang ni mood membaking dan mencuba resepi baru berkobar-kobar. Hari cuti ada je idea nak masak benda baru walaupun dekat rumah ni semuanya perut Hang Tuah. Perut lebih suka makan nasik. Jadi kalau nak cuba benda baru, kena buat dalam kuantiti yang sedikit. Minggu ni try buat Kek Karamel Pelangi. Tapi tak buat pun sampai 7 kaler. Buat 2 kaler je. Biru dan pink. Ada ke pelangi kaler pink? Pedulik pe...janji suka. Berdebar-debar weh buat kek ni sebab dah pernah ada pengalaman buat kek yang guna meringue j