Posts

Showing posts from December, 2014

~Ahlan Wa Sahlan Qayyim ~

Image
Assalamualaikum.  Jumaat ni genap 2 minggu kelahiran putera ke 2 kami Muhammad Qayyim Al Wafiq bin Khairul Anuar. Alhamdulillah. 
Qayyim dilahirkan secara normal pada 19/12/14 hari Jumaat pada jam 3.03 pagi di Hospital Ampang setelah mengalami contraction selama 3 hari.

Proses kelahiran Qayyim agak mencabar kerana kelahiran si abang sebelum ini ada secara ceaser. Doktor hanya memberikan tempoh selama 8 jam untuk kelahiran secara normal. Jika lebih dari itu, perlu melalui pengalaman seperti si abang juga secara ceaser. 
Akhirnya, segalanya telah selamat.  Alhamdulillah. 

~Tahniah Anak Mama~

Image
Assalamualaikum
Berjanggut dah baru nak update. Bizi sangat kebelakangan ni.
Ahlamdulillah anak mama dah tamat alam sekolah tadika. Tak sangka dah besar anak mama ni. Rasa mcm baru je hantar masuk kelas EDP. Syukur alhamdulillah tahun ni Qabil dapat 100% dalam semua subjek & berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam kelas seperti tahun-tahun sebelum ni.
Tahun ni juga ada anugerah baru iaitu Award of Excellence. Anugerah ni baru diperkenalkan kerana sehingga hari ni Qabil adalah 1st student yg sentiasa dapat no 1 dr kelas EDP (3 tahun) hingga ke kelas Hibiscus (6 tahun)
Piala yg Qabil dapat
Qabil dah grad
Semoga Qabil berjaya sentiasa.