Posts

Showing posts from 2019

~ Selamat Ulang Tahun Ratu Hatiku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. di harap kawan-kawan sihat di samping keluarga. Mesti ramai yang menghabiskan masa cuti sekolah bercuti dan balik ke kampung menziarahi keluarga kan. Alhamdulillah...sama-sama kita memanfaatkan peluang yang masih ada. Tanggal 28 November adalah ulang tahun kelahiran Bonda tercinta yang ke 62. Ahlamdulillah mama masih lagi bersama kami dan kami masih berpeluang merasai kasih sayang mama. Seperti biasa sambutan ulang tahun hanyalah di kalangan ahli keluarga yang ada je. Kebetulan masa tu kami memang merancang nak balik kampung mencari pakaian sekolah anak-anak. Orang kata dah alang-alang, kita sambut la sekali.  Kali ni Az berpeluang menyediakan kek untuk ulang tahun mama. Dah lama tak buat kek ulang tahun mama. Selalunya sekadar ucapan dalam wassap je sebab tak balik ke kampung. Jadi tahun ni dah ada peluang, eksited la tunjuk bakat. Sekali buat sampai 2 biji.  Kek yang menjadi pilihan kali ini adalah 'Sweet &

~ Sambutan Hari Kanak-Kanak Qabil ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. Bertemu lagi kita di alam maya. Hahaha...macam la glamer kan. Ada ke yang sudi baca blog saya ni. Sekarang orang main Facebook la, Instagram la, Twitter la. Kalau ada yang sudi, alhamdulillah. Musim peperiksaan telah berakhir. Sekarang banyak pulak la aktiviti akhir tahun. Cikgu-cikgu dalam dok pulun menanda kertas peperiksaan, sempat lagi mengadakan aktivit untuk anak-anak kita. Hebat cikgu di Malaysia ni. Minggu lepas sekolah Qabil mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Tahun ini tema sambutan adalah "Arabic". Syeikh to be...Insya'Allah. Qabil dalam jubah Arwah Tok Wan Qabil, guru-guru dan kawan-kawan Girls la best sebab boleh melaram Peserta pertandinga pakaian beragam Alhamdulillah Qabil dan kawan-kawan enjoy. Dah habis exam kan. semoga Qabil dan anak-anak lain berjaya di dalam peperiksaan yang lepas. Aminnnnn

~ Bila Besar Nanti ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua. Anak-anak kita sekarang ni disekolah mesti musim peperiksaan akhir tahun kan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tenang, tepat dan padat. Tapi mama bukan nak cerita pasal periksa. Nak cerita pasal aktiviti sekolah Qayyim. Bulan lepas, sekolah Qayyim ada menjalankan aktiviti yang di panggil "When I Grow Up" atau dalam masa Melayunya "Bila Besar Nanti". Nak senang cerita, cita-cita saya la. Tu lagi senang. Balik-balik rumah, riuh suara si Qayyim ni bagitau yang teacer dia kata nanti kena pakai baju Askar ke, baju Doktor ke, Baju Bomba ke. So mama cakap la kat dia, adik pakai jubah, jadi ustaz dah la. Lagi pun ubah abang dia ada. Apa lagi, bising la si Kenit tu tak mau.Dia nak jadi Askar dia kata. Jadi gigih la mama cari. Nasin baik terjumpa dalam Shoppe dan seller tu boleh pos keesokan harinya. Alhamdulillah. Jadi mama dapat merealisasikan impian Qayyim nak p

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang dah mula musim hujan kan. Tengahari panas, petang je hujan. Jadi kawan-kawan jaga diri dan kesihatan elok-elok tau. Kalau rasa dah mula bersin-bersin, cuba minum lemon suam campur air panas. Petua ni kawan ofis yang bagi tau. Cuba la mana tau serasi. Kali ni kita sembang pasal Kek Keju Terbakar / Hangit aka Basque Burnt Cheesecake. Kek ni dah jadi fenomena tau dalam Instagram dan Facebook. Ramai yang dah cuba buat dan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Nak tau sebabnya sebab kek ni guna bahan yang mahal oiiiii kalau nak dapatkan kek yang sedap. Saya tengok di bekeri dalam Intermark, sepotong RM 22 ringgit. Bayangkan la anak 5, beli sepotong, tak menangis ke dapat rasa sorang sesudu je. Jadi lebih baik buat sendiri. Saya cuba buat dulu loyang 5 inci sebab dekat rumah ni bukan penggemar kek. Maklum la kita sorang je perempuan. Yang lagi 3 org tu cucu cicit Hang Tuah. Jadi makan nasi dan cucoq je.  Basque burnt cheesecake

~ Happy 39th Birthday....SAYANG ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan semua. Bulan Jun 2019 tinggal lagi seminggu je...Bulan ni juga ada lagi 1 keraian iaitu ulang tahun kelahiran sang Suami......wawawa.....ingatkan double celebration. Rupanya triple.  14-Jun-2019 genap sang suami 39 tahun. Alhamdulillah kami masih lagi diberikan peluang untuk menyambutnya bersama-sama. Sambutan bersama anak-anak je sebab suami ni bukan jenis kisah pun. Tapi kita mana nak tau dalam hati dia sebenanya kisah ke tak walaupun luaran nampak tak kisah kan. Just beli kek dan makan dengan anak-anak je. Kek coklat macam biasa. Tapi bukan kek aiskrim sebab pakat batuk.  Tapi sedap weh kek ni Abah dan Qayyim.  Selamat ulang tahun kelahiran, ABG. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dapat bersama kami semua hingga akhirnya. Insya'Allah. 

~ Ice Cream Cookies ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Masih dalam mood raya. So kita cerita lagi pasal biskut raya. Kali ni kita buat biskut kegemaran anak-anak. Kalau dah letak coklat dan manik gula tu, budak la yg suka kan. Biskut ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari cucu-cucu Mak Ndak masa mereka berkunjung ke rumah mama raya pertama hari tu. Menggodakan biskut ni. Dengan warna kuning terang, manik-manik gula berwarna. Memang kegemaran kanak-kanak Cara membuatnya pun mudah kerana tak perlu mixer bagai. Guna wisk je dah cukup. Ye la kan. Kita bukan nak buat kek yang perlukan nak pukul marjerin dengan gula sampai kembang berganda. Jadi kita kongsikan resepi untuk pembaca yang nak cuba untuk raya tahun depan (waaaa.....lambat lagi tu) Ice Cream Cookies Bahan :- 2 1/2 @ 3 cwn tepung gandum (masukkan dulu 2 cwn. Kalau dah ok, xperlu guna lg 1 cwn sbb sy guna cwn air jeeee) 1 sudu kecil baking powder 1 cawan tepung jagung 1 cwn marjerin 1 cwn gula halus 1 bj t

~ Double Celebration ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih lagi dalam mood raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia serta dunia serta pembaca blog ini. Hari raya merupakan hari kemenangan kepada umat Islam melawan hawa nafsu. Bermula dari tahun 2016, raya pertama di sambut di rumah mama setelah Mak (ibu mertua) kembali ke rahmatullah. Tambah lagi lagi setlah abah juga kembali kepada penciptanya tahun 2017. Kami sebolehnya tak mahu mama sunyi dan sedih. Tahun ni yang beraya di rumah mama adalah family kami, Atam dan isteri serta adik Ooni (semestinya la sebab dia tak kawen lagi. Hehehe....) Sebahagian dari keluarga Mak Su Tema kami tahun ni hijau.......variasi hijau....tak de la nampak sedondon sepapan sangatkan. Keluarga kecil kami.Susah betul nak dapat gambar yang semenggah, Ada je spoilnya. Peluang bergambar berdua tidak boleh dilepaskan Tahun ini juga, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari yang sama ulang tahun kelahiran anak bujang

~ Semperit Jagung Gebusssss~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puasa dah nak sampai penghujungnya. Kita semua sibuk la membuat persiapan raya. Mana yang tau buat kuih, mesti sibuk di dapur nak siapkan kuih muih penyeri meja. Kita masih tak berputus asa nak dapatkan semperit yang gebus. Sebab memang suka sangat makan semperit ni walaupun kat rumah dah tak de orang lain yang suka. Anak-anak? Memang tak la. Kali ni kita buat semperit perisa jagung. Resepi asal Cikgu yang glamer dekat FB tu....Cikgu Azlina Ina. Alhamdulillah, menjadi semperit gebu. Kena pandai adjust sukatan tepung sebenarnya. Nanti nak buat semperit susu pulak. Nak yang gebu jugak. Tak suka yang rangup sebenarnya. Memang nanti akan ulang makan lah....abaikan diet anda ye. Tada.....comel tak? Semperit Jagung Adaptasi dari Resepi Daisy Custard Semperit FB Azlina Ina Bahan-bahan :- 250g marjerin Daisy 3/4 cawan gula aising Sedikit pati jagung Sedikit pewarna kuning - Kacau sebati. Jangan terlebih kacau. .. - M asuk 2

~ Apam Pisang Madu ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. kawan-kawan semua sihat tak? Sekarang kan petang je hujan. Mesti ada je yang demam la, batuk la, selsema la. Kalau ada tanda-tanda, cepat makan ubat tau. Sebenarnya dah lama kita tak buat Apam Pisang Madu ni sebab sejarah sebelum ni 3 kali buat, bantat. BANTAT hokey. Hohoho...Apam Pisang yang mudah pun boleh bantat. Kali ni gagahkan hati juga buat sebab Kak Noly dah berzikir banyak kali nak makan Apam Pisang. Kebetulan memang ada pisang sebab Qayyim nak makan cekodok, jadi songlap la 2 biji Pisang Cavendish tu buat apam. Sambil buat tu dok berzikir la supaya kali ni jadi. Memang tak bagi tau pun Kak Noly nak buat apam ni sebab takut tak jadi. Nak dijadikan cerita. Sebelum buat apam pisang yang lawa jadi ni, pagi tu dah buat sebijik. Tapi yang buat sebijik tu macam bahagian bawah dia agak lembik. Macam kurang masak. Rasanya sebab faktor masa kelam kabut nak pegi beli barang dapur dan faktor acuan yang digunakan. Pagi tu guna acuan yang kecik, m

~ Nasi Bamboo Sungai Klah ~

Image
Assalamualaikum dn salam sejahtera. Cuaca sekarang tak menentu. Pagi panas terik, petang hujan selebat-lebatnya. Tapi alhamdulillah, tak ada la panas sangat sebab dah hujan kan. Kalau tak, dulu negara kita pernah mengalami kemarau hingga air terpaksa dicatu. Rasanya dalam tahun 2014. Memang begitu terasa apabila air dicatu. Kali ni kita nak bercerita pasal Nasi Bamboo Sungai Klah. Hahaha...dah 10 tahun duduk Sungkai tapi tak pernah cuba. Dari kedai dia hanya gerai kecil di dalam Sungai Klah, hinggalah perpindah ke kawasan yang lebih besar di sebelah jalan besar tak jauh dari susur keluar 'Highway' Sungkai. Setelah berapa lama mama dok bercerita, makanya baru la tergerak hati nak mencuba. Tu pun pegi dengan Mama dan Adik Ooni je. Cik Abang tak mau ikut. So anak-anak tinggal dekat dia. Gaya macam la jauh sangat kedai ni dari rumah mama. Kalau dari rumah mama dalam 5 menet. Kalau dari kedai mama pun 5 menet la jugak. Dekat bebenor tau. Cuma seru tu je yang lambat. Kami pergi

~ Santai sekeluarga ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua sihat kan? Habis dah cuti sekolah seminggu. Ke mana anda semua? Kita cuti hari tu balik kampung sebab mama buat tahlil untuk arwah Abah. Diam tak diam dah 2 tahun abah meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk abah. Dah ada peluang bercuti, kita pun nak la luangkan masa dengan keluarga. Kebetulan ada 4 orang anak sedara dekat rumah, dah tak tau nak buat apa. Ajak la mama dan adik-adik yang ada pergi berkelah. Nak pergi Cameron mesti jalan jem. Mau ada yang lembik longlai nanti. Percutian yang singkat tapi menyeronokkan walaupun ada sedikit cerita tak best dan tak puas hato. Tapi, jangan biarkan parasit merosokkan mood kita kan. Nasib baik la yang tak best tu dah masa nak balik. Buat tak reti je la. Yang penting niat nak buat mama hepi. Perkelahan kami simple je. Semuanya on the spot. Kebetulan Alang tak bukak kedai sebab tukang masak cuti, Adik Oni pun cuti sebab konon nak pegi Penang tapi tak jadi, Acik pun baby yang dia jaga tak datang seb

~ Kek Gulung Marble ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Ada yang masih bercuti lagi ke sempena Tahun Baru Cina? Seronok kan menghabiskan masa bersama keluarga. Kami semua tak pergi mana pun cuti Tahun Baru Cina ni. Papa Bear pancit. Tak tau la salah urat ke gout. Atau mungkin kedua-duanya. Salah duduk pun boleh jadi sakit kat bahagian pinggul dia tu. Dulu pun pernah jadi camtu. Arwah Abah bawak pergi berurut, alhamdulillah baik. Tapi sekarang tukang urutnya pun dah meninggal dulu sebelum Abah. Al-Fatihah untuk Abah dan pak cik tukang urut. Oleh sebab tak pergi mana-mana, maka tangan pun gatal nak makan benda manis. Dah lama teringin nak buat kek gulung ni. Bahan semua ada. Memang la lagi gatal tangan. Telur pun ada....memang cantek la. Tu yang bahaya bila ada telur dan cuti tak pergi mana-mana tu. Mula la sesi menternak lemak pun bermula. Jadi kali ni kita cuba buat kek gulung. Resepi kita derhaka. resepi dari Cikgu Azlina yang femes tu. Resep

~ Fruit Pastry Cake Yang Viral ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke kawan-kawan semua? Masih dalam mood tahun baru ke? Alhamdulillah, kita dah masuk ke tahun 2019. Dekat dah nak ke tahun 2020. Dulu masa zaman sekolah kita bayangkan zaman 2020 tu ada kereta terbang. Hahaha....ni tak ada kereta terbang. Tapi kereta bertebaran di atas kepala. Fly over kan banyak. Yang masih dalam pembinan pun ada. Ok, tahun baru ni saya sambut dengan kek yang pernah viral. Orang lain dah jemu dah. Kita baru nak try. Sebanarnya saya ni tak makan strawberi sebab tak tahan bau dia yang tersangat wangi. Bau dia pun dah rasa pening. Tapi masa pergi Tesco baru-baru ni, ada la Tesco jual Bueberry dengan Strawbery yang clearance stok. Buah cantik tapi sebab ada 2 kotak je jenama tu, tu yang Tesco nak clearkan kot. So sambar la dua-dua kotak Blueberry dan Strawberry. Kalau ikut harga biasa, memang fengsan la. Tau la kan biasa harga dia paling murah pun RM 9 sekotak cenonit tu. Lepas tu ada la Italian Sweet Kiwi pun murah. So b

~ Mi Udang Pak Ya ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga kita semua diberkati dan beroleh kesejahteraan yang berganda di tahun ini. Cuti sekolah dah habiskan. Mesti tak sabar nak plan untuk percutian seterusnya. Kalau dah namanya cuti, mood nak makan pun berganda. Habis semua diet yang diusahakan selama 11 bulan. Hahaha...konon sangat. Ok, sesi memenuhkan perut selepas balik dari Teluk Kemang diteruskan ke Pak Ya Bistro & Catering yang terletak di Ulu Slim, Slim River, Perak. Alah....google je. Lepas tu, waze pulak untuk tau arah ke sana. Senang je. Pak Ya Bistro & Catering ni pun ada Facebook tau. Cari je.  Gambar dari FB Pak Ya Bistro & Catering Kami ke sini disebabkan oleh......mama la. Dok bercerita sedap mi udang di sini, udang fresh, adik suka makan udang galah goreng. Mama ni jenis cerewet, kalau dia kata sedap, maknanya sedap. Maka kami pun bertolak la dari rumah mama ke Slim River.