Posts

Showing posts from 2017

~ Pengalaman Pertama ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Kejap je dah sampai pertengahan cuti sekolah kan. Kemana ibu bapa bawa anak bercuti? Mesti ramai yang bawa keluarga bercuti sempena cuti sekolah akhir tahun kan.  Ok la. Sempenan kejayaan Qabil di dalam peperiksaan akhir tahun dan kesungguhan Qabil memenuhi permintaan mama nak tengok Qabil naik pentas ambil hadiah sempena kecemerlangan di dalam pelajaran, abah dengan berbesar hati belanja Qabil buat pasport bagi memenuhi permintaan Qabil untuk ke Thailand mengikut Uncle Mahyudin dan Auntie Noly pulang ke kampung uncle. Tengok, bila Qabil berjaya, mama dan abah dengan senang hati memenuhi permintaan Qabil. Seronok dia dapat pergi ke sana sebab sebelum ni dah banyak kali dia buat permintaan ni tapi sentiasa di tolak. Jadi, untuk tak menhampakan Qabil dan sebagai galakan untuk terus berjaya. Tak sangka kami boleh melepaskan Qabil ke luar Malaysia walaupun ke Thailand je pun tanpa kami berdua. Waaaa...anak mama dah besar. Mama tk dapa

~ Ulang Tahunmu.....Mama ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sejuk la cuaca sekarang ni. Dalam seminggu, ada la sehari je panas. Ini bermakna kita dah berada di ambang penghujung tahun 2017. November datang lagi. 28 November 1957 merupakan tarikh keramat. Tarikh ini merupakan tarikh kelahiran bonda tercinta. Hamishah Jab. Puteri bongsu pasangan En. Jab dan Pn. Nah.  Tahun 2017, genap umur mama 60 tahun. Tahun ini, pertama kali mama menyambut ulangtahunnya tanpa suami tercinta setelah 38 tahun bersama. Ah.....sedih pulak bila bercakap pasal arwah abah. Terbang segala idea. Nanti la sambung cerita. Selamat ulang tahun kelahiran, Mama. Semoga mama sentiasa di dalam lindungan Allah. Kami sayang mama.  Kek Aiskrim perisa jagung Tersenyum walaupun kami tahu dalam hati mama rindukan abah

~ Apam Viral ~

Image
Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Salam santai bersama keluarga. Berarak mendung kelabu.....sejuk-sejuk macam ni semedangnya lapar. Makan je la kerjanya. Mana la tak bulat. Orang tegur mula sentap. Alah....pedulikan la. Dah lama tak update resepi kan. Sekarang ni tengah famous Apam 3 bahan aka Apam Viral. Ramai dah yang mencuba. Mana yang berjaya, tahniah diucapkan. Mana yang kelaut tu, cuba lagi. Adat la kan. Buat kek, kuih, biskut ni tak macam masak lauk. Boleh adjust. Dia mengada lebih. Makanya, dengan semangat yang berkobar-kobar seban tengok banyak komen yang ok dan ko, perasaan mencuba terus membara. Hahaha...membara la sangat. Padahal dalam hati punya la risau sebab takut kelaut jadinya. Bahan untuk Apam Viral ni sangat senang. Gula halus, telur, tepung gandum. Sukatam dia, 1 cawan bagi semua bahan. Tapi disebabkan tak suka manis, kita kurangkan gula jadi 3/4 cawan. Langkah pertama, panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan marjerin dan taburkan sedikit te

~ Hasil Setahun ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rindu dekat blog ni. Terperam dah 2 bulan. Sekejap je dah nak sampai hujung tahun. Anak-anak pun dah nak start cuti sekolah kan. Bila sebut nak cuti sekolah, mesti kena tempuh exam akhir tahun kan. Lepas tu result...anak lelaki ni diaorg bukan kisah sangat pasal result ni. Selalunya ibu bapa la yang lebih. Macam kami. Mama set target Qabil dapat no 1. Abah pulak...hampeh. katanya tak boleh. Silap-silap impian nak tengok Qabil naik pentas ambil hadiah pun bakal berkubur 😥😥😥. Sekarang ni hari- hari dok tengok web Kementerian Pendidikan sebab result exam sekolah kerajaan kan boleh tengok online.  Meh tengok la result anak Boboyot mama ni. Tak dapat no 1. Still no 2. Peratusan naik sikit. Tapi...bm penulisan...walaupun still A, tapi bawah 90.  Setelah dapat result ni, kesimpulannya kena banyak buat latihan karangan dan buat ayat 😖😖😖. Tahun depan kena usaha lebih sebab dah naik tahap 2. Alhamdulillah...Qabil still di ke

~ Family Time..... Zoo Negara ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Di harap semuanya dalam keadaan sihat. Lenguhnya kaki dan tangan. Dah lama tak buat aktiviti berjalan lama macam ni. Aktiviti apa??? Tawaf Zoo Negara. Almaklum lah kan....anak dah 2. Dah 10 tahun menetap di KL, sekalipun tak pernah jejak ke Zoo Negara ni. Sementara Qabil masih lagi boleh enjoy ke tempat macam ni, boleh la bawa. Nanti dia dah besar, mesti dia bosan dengan tempat macam ni. Zoo adalah pilihan terakhir sebab cuaca pada awal pagi tu nampak macam nak hujan. Lagi pun takut jugak Mr H sakit kaki. Masuk Zoo kena la banyak berjalan kan. Mr H dah la baru baik dari sihat.Tapi alhamdulillah, hajat dapat ditunaikan untuk bawa anak-anak ke Zoo Negara. Selamat datang ke Zoo Negara. Ni bukan selamat datang..ni dah selamat pulang. Amek gambar dah habis jelajah Zoo. Tu yang budak baju merah tu main duduk je depan-depan zoo tu. Dah petang tak de orang. Dia pun dah kepenatan berjalan. Tiket masuk untuk Warganegara

~ Indah Morib Homestay ~

Image
Assalamualaikum Kali ni saya nak review tentang homestay yang kami duduk minggu lepas. Hari Sabtu lepas, kami berangkat ke Banting, Morib bersama Mama, Mak Ndak (kakak mama), Alang satu keluarga dan anak-anak Nyah iaitu Maya dan Muqri. Plan kami adalah untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak adik Arwah Mak Tam iaitu Pak Anjang Di. Huhuhu..disebabkan semuanya dok betolak-tolak, semua hotel tak de kosong. Maka, bertawakal lah kami main terjah je. Pusing punya pusing masing-masing dah kepenatan. Anak-anak pun dah bising sebab lama sangat dalam kereta. Maka, Shira (isteri Alang) pun Google la. Terjumpa la web ni :- www.homestaymorib.com Web ni adalah kepunyaan Indah Morib Homestay. Dengan penuh aharapan, kami pun call la. Alang call tak berangkat. So...saya pun dengan semangat try call. Wallaaaa...sekali call terus dapat. Kebetulan masih ada apartment 2 bilik yang kosong tapi di tingkat atas. So, terus book dan minta arah untuk ke situ. Alhamdulillah....apartment tersebut