Posts

Showing posts from September, 2017

~ Family Time..... Zoo Negara ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Di harap semuanya dalam keadaan sihat. Lenguhnya kaki dan tangan. Dah lama tak buat aktiviti berjalan lama macam ni. Aktiviti apa??? Tawaf Zoo Negara. Almaklum lah kan....anak dah 2. Dah 10 tahun menetap di KL, sekalipun tak pernah jejak ke Zoo Negara ni. Sementara Qabil masih lagi boleh enjoy ke tempat macam ni, boleh la bawa. Nanti dia dah besar, mesti dia bosan dengan tempat macam ni. Zoo adalah pilihan terakhir sebab cuaca pada awal pagi tu nampak macam nak hujan. Lagi pun takut jugak Mr H sakit kaki. Masuk Zoo kena la banyak berjalan kan. Mr H dah la baru baik dari sihat.Tapi alhamdulillah, hajat dapat ditunaikan untuk bawa anak-anak ke Zoo Negara. Selamat datang ke Zoo Negara. Ni bukan selamat datang..ni dah selamat pulang. Amek gambar dah habis jelajah Zoo. Tu yang budak baju merah tu main duduk je depan-depan zoo tu. Dah petang tak de orang. Dia pun dah kepenatan berjalan. Tiket masuk untuk Warganegara