Posts

Showing posts from January, 2018

~ Wahidah Ezane ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Al maklum la sekarang ni masih lagi musim huja. Jadi penyakit seperti batuk, selsema dan demam mudah saja menghampiri. 12 Januari 2018, genap 10 bulan abah meninggalkan kami semua. Abah tetap dalam hati kami semua. Dalam mengingati abah, kami di sambut pula dengan berita kelahiran ahli keluarga baru. Kedatangan seorang puteri ke dalam keluarga kami. Cucu yang kesembilan dalam keluarga Abdul Aziz dan Hamishah. Wahidah Ezane, nama pilihan sang bonda kepada cucunya. Puteri kepada adinda Fitri dan Syazwani. Lahir pada 12 Januari 2018.  Selamat datang sang puteri. Semoga kehadiranmu menceriakan semua.

~ Selamat Ulang Tahun & Al Fatihah.....Abah.... ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Hehehe...ada ke pembaca? tak pe la. Sekadar nukilan aktiviti diri ini. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat. 6 Januari dilalui setiap tahun dilalui dengan ucapan  "Happy birthday, ABAH. Semoga abah kembali sihat & bertenaga"sejak tahun 2007 hingga 2017. Selama 10 tahun kalimat itu sentiasa diucapkan.  Tapi...tahun 2018....ucapan itu diiringi dengan bacaan yasin dan ucapan "Selamat Ulang tahun kelahiran Abah. Semoga abah damai di sana & ditempatkan bersama insan yang beriman Tiada lagi sambutan, tiada lagi soalan abah nak makan pe hari ni. Hanya sepi yang menemani. Damailah abah di sana. Sesungguhnya kasih sayang Mama, Yong, adik-adik, menantu-menantu dan cucu-cucu sentiasa bersama abah. Gambar terakhir abah di Hospital Slim di mana abah menghembuskan nafas yang terakhir. Gambar di ambil pada 11 Mac 2017. Abah meniggalkan kami kerana komplikasi jantung.   A

~ 3 Tahun Umurmu..... ~

Image
Assalamualaikum. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Saya dah 2 minggu batuk berkahak. Dalm berbotol ubat telan. Batuk sampai urat terseliuh..sakitnya la dada dan belakang ni. Sekarang tengah cuba minum lemon dengan madu. Dah 2 hari cuba. Nampak macam serasi je. Harap menjadi la. Tak larat dah batuk lama-lama. Perit rasanya.  SAKIT ITU PEMBASUH DOSA Alhamdulillah pada 19 Disember 2017, anak kedua mama masuk ke usia 3 tahun. Lagi 10 hari adik dah nak masuk sekolah 4 tahun. Tak pe la. Adik hebat. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 3 buat QAYYIM. Semoga adik menjadi anak yang terbaik buat keluarga kita. Adik dah besar kan.  Tahun ni mama buatkan kek coklat lagi untuk adik sambut birthday dengan kawan-kawan di nurseri. Lepas ni adik dah pindah nurseri yang ada sekolah. Mama buat kek coklat yang simple je. Cadang nak buat kek susu, tapi abah cakap budak-budak lebih suka kek coklat. Jadi...menunya kek coklat. Abah pula buatkan spegeti goreng sebab adik suka ma