Posts

Showing posts from September, 2018

~ Rindu Mama ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat terutamanya di dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Selalunya sekarang ni sebelah petang hujan akan turun membasahi bumi. Alhamdulillah, pada 13 September 2018 mama telah selamat kembali ke Malaysia dengan gelaran 'Hajjah'. Memang eksited sangat nak tunggu mama balik.  Mulanya mama dijadualkan sampai pada pukul 5.30 petang masa pergi dulu. Kemudian, 4 hari sebelum tarikh bertolak meninggalkan Jeddah, masa ketibaan bertukar ke pukul 9. 25 malam. Tak pe la kan.  Pukul 8.15 malam kami pergi ke KLIA untuk menjemput mama. Kami tu 3 orang je. Kita, Alang (adik lelaki sulung) dan Mak Ndak (kakak mama). Perjalanan dari rumah ke KLIA memakan masa lebih kurang 1 jam.  Alhamdulillah kami sampai ke KLIA jam 9.15 malam. Mencari juga tempat jemaah akan keluar sebab sepupu bagi tau Pintu 2. Rupanya dah ditukar ke Pintu Ketibaan Penumpang Domestik. Sampai di situ, papan kenyataan

~ 11 Tahun Bersamamu ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua sihat kan? Cuaca tak menentukan sekarang ni. Mudah untuk kita dan anak-anak demam. Tanggal 31 Ogos 2007 merupakan tarikh keramat peralihan fasa anak gadis kepada seorang isteri. Tarikh inilah status telah bertukar menjadi Puan.  Akad nikah.2 kali baru lepas Tema perkahwinan sebelah lelaki Alhamdulilah, perjalanan hidup kami bersama melangkau ke usia 11 tahun. Dalam 11 tahun melayari alam perkahwinan, kami telah dikurniakan 2 orang putera yang comel. Buah hati mama dan abah Selamat ulang tahun perkahwinan kita, Sayang...semoga kita sentiasa bersama hingga ke Jannah. Aminnnn