Posts

Showing posts from February, 2018

~ Coffee Caramel~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap kawan-kawan semua dalam keadaan sihat. Sekarang ni dah mula musim panas. Jadi, lebihkan minum air kosong untuk mengelakkan badan terhidrat dan kurang air.
Panas-panas lat lit lat lit ni memang best makan benda yang sejuk-sejuk. Nyaman je lalu dekat tekak. Ni semua gara-gara tengok Martin Yan dalm AFC buat Gula Melaka Cappucina Caramel. Hahaha....
Maka terhasil la Coffee Caramel. Malas nak pi ketuk gula melaka bagi hancur. Ada ketoi yang besaq je. Lepas tu tak de cappucino, ada kopi 3in1 je. Belasah je la yang tu. Janji tak letak Kopi Anggun Pesona Susuk Dara dah la. Kang jadi lain pulak bila bagi cik abang makan karamel ni.
Sedapnya la tengok. Jamu mata dulu.
Resepi ni menggunakan kaedah bakar secara 'water bath' sebab cik abang tak suka yang kukus. Yang kulus ada lubang-lubang dia cakap. Uang bakar ni tekstur dia licin. Bak kata Chef Gordon Ramsay "Smooth like baby butt". Jangan kecam kay. Jom kita belek resepi dia pula…