Posts

Showing posts from November, 2017

~ Ulang Tahunmu.....Mama ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sejuk la cuaca sekarang ni. Dalam seminggu, ada la sehari je panas. Ini bermakna kita dah berada di ambang penghujung tahun 2017.
November datang lagi. 28 November 1957 merupakan tarikh keramat. Tarikh ini merupakan tarikh kelahiran bonda tercinta. Hamishah Jab. Puteri bongsu pasangan En. Jab dan Pn. Nah. 
Tahun 2017, genap umur mama 60 tahun. Tahun ini, pertama kali mama menyambut ulangtahunnya tanpa suami tercinta setelah 38 tahun bersama. Ah.....sedih pulak bila bercakap pasal arwah abah.
Terbang segala idea. Nanti la sambung cerita.
Selamat ulang tahun kelahiran, Mama. Semoga mama sentiasa di dalam lindungan Allah. Kami sayang mama.
 Kek Aiskrim perisa jagung
Tersenyum walaupun kami tahu dalam hati mama rindukan abah

~ Apam Viral ~

Image
Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Salam santai bersama keluarga.
Berarak mendung kelabu.....sejuk-sejuk macam ni semedangnya lapar. Makan je la kerjanya. Mana la tak bulat. Orang tegur mula sentap. Alah....pedulikan la.
Dah lama tak update resepi kan. Sekarang ni tengah famous Apam 3 bahan aka Apam Viral. Ramai dah yang mencuba. Mana yang berjaya, tahniah diucapkan. Mana yang kelaut tu, cuba lagi. Adat la kan. Buat kek, kuih, biskut ni tak macam masak lauk. Boleh adjust. Dia mengada lebih.
Makanya, dengan semangat yang berkobar-kobar seban tengok banyak komen yang ok dan ko, perasaan mencuba terus membara. Hahaha...membara la sangat. Padahal dalam hati punya la risau sebab takut kelaut jadinya.
Bahan untuk Apam Viral ni sangat senang. Gula halus, telur, tepung gandum. Sukatam dia, 1 cawan bagi semua bahan. Tapi disebabkan tak suka manis, kita kurangkan gula jadi 3/4 cawan.
Langkah pertama, panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung bagi mengelakk…

~ Hasil Setahun ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rindu dekat blog ni. Terperam dah 2 bulan. Sekejap je dah nak sampai hujung tahun. Anak-anak pun dah nak start cuti sekolah kan.
Bila sebut nak cuti sekolah, mesti kena tempuh exam akhir tahun kan. Lepas tu result...anak lelaki ni diaorg bukan kisah sangat pasal result ni. Selalunya ibu bapa la yang lebih. Macam kami. Mama set target Qabil dapat no 1. Abah pulak...hampeh. katanya tak boleh. Silap-silap impian nak tengok Qabil naik pentas ambil hadiah pun bakal berkubur 😥😥😥.
Sekarang ni hari- hari dok tengok web Kementerian Pendidikan sebab result exam sekolah kerajaan kan boleh tengok online. 
Meh tengok la result anak Boboyot mama ni.
Tak dapat no 1. Still no 2. Peratusan naik sikit. Tapi...bm penulisan...walaupun still A, tapi bawah 90. 
Setelah dapat result ni, kesimpulannya kena banyak buat latihan karangan dan buat ayat 😖😖😖.
Tahun depan kena usaha lebih sebab dah naik tahap 2. Alhamdulillah...Qabil still di kelas pertama. 
Semoga Qabil …