Posts

Showing posts from June, 2018

~ Semperit Klasik ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Masih lagi dalam mood raya kan. Raya kan sebulan. Ada yang dah start puasa sunat ke? Mana yang berdiet tu, boleh sambung berpuasa untuk maintainkan berat badan. Sempena masih lagi dalam mood raya, kita upkan satu resepi biskut raya yang klasik iaitu Semperit Klasik yang menggunakan merjerin yang mak-mak kita guna dulu. Resepi ini adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang sangat terkenal dalam Facebook. Beliau sentiasa cuba mempelbagaokan resepi dan tidak lokek untuk berkongsi resepi tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Resepi ini memang sedap dan begitu gebu. Memang dah lama cari resepi semperit yang gebu macam ni sampaikan nak pegang pun kena berhati-hati.Suka sangat. Dah jatuh cinta dengan resepi semperit ni. Tahun depan boleh buat lagi. Tapi bercinta nak tekan bagi cantik. 1 adunan ni sampai 2 jam nak siapkannya gara-gara nak dapatkan bunga yang cantik. Tapi serius..memang berbaloi...digantikan kesedapan dan kenikmatan biskut ni.

~Brownies Full of Chocolate~

Image
Dah lama dah terasa nak makan brownies. Tapi seru nak membuatnya asyik tertangguh je. Sedangkan nak membuatnya punya la senang. Masuk je semua dalam besen,kacau...siap. Bakar..Xpayah susah susah nak kuakan mixer bagai. Kacau pakai wisker je. Kalu lagi malas, kacau pakai garfu pun boleh. Jadi...semalam kuatkan la semangat membuat brownies ni setelah masak lauk. Abah balik keje lambat. Masak la lauk ayam masak kicap untuk hero ni. Untuk abah ingat nak masak sambal sotong. Tapi seru tak sampai lagi...tunggu seru datang baru buat sambal sotong.  Jadi...siap2 masak lauk, cakap la dekat hero tu:- Mama : Qabil, kita buat kek nak? Qabil : Nak nak nak. Kite nak buat kek apa? Mama : Kite buat kek senang je. Mama sedia semua, Qabil masuk semua dalam besen, Qabil kacau. Boleh? Qabil : Boleh. Senang je . Jadi..mama pun sediakan la bahan, suruh hero masukkan semua dalam besen, suruh dia kacau. Sambil dia dok kac au bagi sebati, panaskan oven, lapik loyang dgn baking paper, sapu ci

~ Salam Aidil Fitri 2018 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Aidil Fitri kepada semua yang mengenali saya secara langsung ataupun hanya di alam maya. Maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Aidil Fitri kami sambut bersama keluarga di Perak. Almaklum la kan, kami berdua dari tempat yang sama. Jarak kediaman keluarga kami hanya dalam 20minit sahaja.  Tahun ini kami menyambut Aidil Fitri bersama keluarga saya di Sungkai kerana ibu bapa mertua telah kembali ke rahmatullah.  Sebahagian dari keluarga besar kami. Kami cuba untuk mengembirakan mama walaupun tanpa kehadiran abah Mama dengan 5 orang cucu daripada 10 cucunya. Walaupun 5, keadaan rumah memang riuh rendah Keluarga kecil kami. Susah betul nak ambil gambar dengan si adik.  Mesti la kena ada gambar berdua kan... Menu raya kami, lemang, rendang ayam pencen, nasi daging, air asam kerisik, laksa dan kuih muih. Tapi semuanya tak ambil gambar. Yang penting mesti ada gambar keluarga.