Posts

Showing posts from July, 2017

~ Upside Down Art Gallery Port Dickson ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa cerita hujung minggu anda semua? Semoga ianya penuh dengan keceriaan. Hujung minggu lalu, kami adik beradik bersama mama pergi melawat Tok Long di Port Dickson. Tok Long mendapat serangan stroke ketika mencabut rumput dirumah baru beliau. 4 bulan lepas beliau telah menjalani pembedahan membuang darah beku di Prince Court Hospital, KL. Alhamdulillah, Tok Long dalam proses pemulihan dan sudah boleh berjalan sedikit tanpa bantuan. Alang-alang dah pergi PD, mesti la mandi laut kan. Tapi tak ada gambar sebab tak ada jurugambar. Abah budak-budak ni tak ikut sebab ada aral, jadi mama la nak mengawal 2 beradik yang sukakan air ni. Si adik pun tak takutkan ombak. Berlari sendirian sambil di awasi mama. Pelangi selepas hujan di pagi Ahad di pantai Port Dickson. Cantik sangat. Dah lama tak tengok pelangi penuh Kami sekeluarga menginap di Corus Apartment. Memandangkan main terjah je, apartment yang kosong hanya tinggal yang 2 bi

~ Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapnya kita semua berada di dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, umat Islam di seluruh dunia telah sempurna menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Kita tiba saatnya kita meraikan kedatangan Syawal yang penuh mulia bagi meraikan kejayaan kita. Syawal kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Syawal kali ini disambut tanpa seorang insan yang bergelar ABAH.  Syawal kali ini genap 105 hari abah pergi meninggalkan kami semua. Walaubagaimanapun, kami semua redha dengan pemergian abah kerana abah telah lama bertarung dengan penyakit jantungnya.  Orang yang paling terkesan sekali adalah mama. Kami semua sedaya upaya untuk mengembirakan mama di Syawal ini. Tapi...abah tetap dihati. Seringkali diungkap kegemaran abah tatkala Ramadhan dan Syawal.  38 tahun 2 bulan 12 hari tempoh mereka bersama-sama. Segala pahit manis mereka tempuhi bersama. Alhamdulillah, Syawal kali ini hampir kesemua adik-beradik berkumpul dirumah mama ke