Posts

Showing posts from December, 2013

~ Cucur Udang Comel ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera.
SELAMAT HARI KRISMAS Hari ni Rakyat Malaysia yg beragama Kritian menyambut Hari Krismas. Hari Krismas ni kiranya hari raya la bagi orang Kristian. Hari krismas ini di sambut pada 25 Disember setiap tahun.
Sekarang ni masih lagi dalam musim hujan. Ingat dulu2 la kan, orang-orang tua selalu cakap kalu nak kenduri kawen musim hujan, kena baling pakaian si pengantin atas bumbung rumah untuk tak nak bagi hujan semasa majlis sedang di jalankan. Tak tau la betul ke idah. Tak pernah try buat pulak.
Bila cakap musim hujan ni kan, perut pun rajin betul la lapa. Asyik2 nak makan. Tambah hari cuti. Time makan mesti lengkap. Breakfast, lunch, tea time & dinner. Nasib baik supper xde sbb dah kenyang perut, mata pun mula la berat kan. Sampaika Qabil pun dok merungut sbb asyik kena suruh makan je. "Asyik-asyik makan". Tak pun, "Kan baru le tadi dah makan". Tu la cakap dia. Ye la kan, dia makan kan sejam baru nak habis. Baru je lps reha…

~ Lapis Jagung & Coklat ~

Image
Assalamualakum. Dah lama tak buat kuih2 tradisinal ni. tetiba terasa nak makan kuih lapis. Buat kiuh lapis senang je. Nak masak je lama ckit sebab nak kena masak selapis2 selapis. tapi disebabkan nak makan punya pasal, buat je la kan. 
Kali ni buat kiublapis perisa jagung & coklat. Selalunya xde perisa, plain je. Just letak warna je. Kali ni letak perisa. Tapi perisa pun just cikit je. Nak bagi serikan. Ikut hati memang kalu boleh ada 7 lapis, nak buat 7 kaler. Ala-ala macam pelangi lak. tapi malas nak membasuh bekas banyak2, tu yg buat 2 perisa je. Sedap & lembut tau. resepi ni adalah resepi mama. Dulu masa mama meniaga kuih, memang selalu la kena buat kuih ni. Jadi, skil tu masih ada sampai sekarang, alhamdulillah.
ha..tengok. Warna kuning tu dari pati jagung tau .Menarik tau
Untuk perisa jagung, kite gunakan pati jagung yg selalu guna untuk buat air jenama Double Lion tu. mak-mak kite mesti tau la jenama tu. untuk perisa coklat kite letakkan serbuk koko & sedikit pes co…

~ Rancangan Wan Malaysia - Season 3 ~

Image
Assalamualaikum semua
Sekarang ni cuaca x menentukan. Sekejap hujan,sekejap panas. Apa kena la dengan tajuk kan? 
Sekarang ni Papa bear tengah sibuk. Nak ajak berlibur pun terasa serba salah. Sebabnya? Sebab tu la yang ada kena mengena dengan tajuk hari ni.
WAN MALAYSIA - Season 3. Papa Bear ni kejenya adalah sebagai EDITOR aka PENYUNTING. Dia adalah penyunting bagi program Tv. Serakat ni Papa Bear dah edit program Kids On 2 di Tv 2 setiap hari Jumaat dah 4-5 tahun rasanya. Still edit Kids On 2 sampai sekarang. Selain tu Papa bear gak ada edit Program masakan Chef Wan yg baru sahaja habis di tayangkan di Tv 3 ie Mmmmm...Sedapnya Ayamas bersama Chef Wan di Greece. Dannnnnnn...sekarang yg tengah dalam pembikinan adalah rancangan Wan Malaysia yg akan di tayangkan di Astro Prima. Insya'allah program ni akan disiarkan di Astro Prima pada 18 Januari 2014. Haaaa...x lama dah kan. Sebab tu la dia bertungkus lumus siapakn progam tu. Job last minit. tapi dah orang nak bagi reaeki kan. Samb…

~Donut Mama~

Image
Assalamualaikum. Sihat ke? Kalau tak sihat,xde la update blogkan. Sementelah hari ni bercuti, maka ada la kesempatan nak update blog ni. Sekadar suka-suka. Sekadar berkongsi minat memasak & mencuba resepi-resepi yang tersimpan dalam buku resepi Mama. 
Kali ni nak share resepi Donut Mama. Sebanarnya dah banyak kali Qabil cakap nak makan Donut. Dia kata ada makan kat sekolah. Donut yang bulat, besar, ada lubang kat tengah & di salut dengan gula. Ikutkan malas mama dia ni, beli je Donut Big Apple. Senang. Tapi dia xmau donut tu yg ada coklat semua bagai. Dia nak donutn tradisional. So...terjadi la Donut ni. Gigih sms Mama tanya camne nak buat sebab bahan dia ada tulis dalam buku mama tu.
Proses buat agak lama sebab nak kena perap bagi doh tu naik. Kiranya dalam 2 jam gak la baru boleh makan Donut tu. Lama tau. nak makan sekejap je. Tapui alhamdulillah, percubaan pertama menjadi. Seronok tengok Qabil makan. Sekali dia makan habis 4 biji. 4 biji tu sekali makan tu kira banyak tau …

~ Dating ~

Image
Salam hari Jumaat. Penghulu segala hari.
Hehehe...semalam kite g dating. Dating dengan sapa? Dengan PAPA BEAR kite la. Dah tu nak dating dengan sapa lagi. Eleh...dating dengan suami sniri pun nak kecoh? Suka hati la. Dah lama tau xkua berdua-duaan sejak ada anak ni. Kebetulan semalam & hari ni ada kakak ipar datang rumah. So Qabil pun xnak g nurseri. Jadi dia pun duduk la rumah. Mama dengan abah dia amek la peluang la keluar berdua sementelah nak g cari minyak enjin. Sambil-sambil tu g la makan-makan, jalan berpegangan tangan. Ada Qabil slalu kena pegang Qabil je. 
Papa Bear dengan Kue Teow Kung Fu
Kami g AEon Big je pun. Hujan, xdenya nak g taman ke pe. Sebelum tu g makan dulu sebab masing-masing dah lapa. G makan pun dekat kedai dalam AEON Big je. Try makan dekat Restoran Orchid Western. Papa Bear makan Kue Teow Kung Fu & Kopi O Panas. Mama lak makan Big Set Grill Hot Plate. Ala...mcm chicken ckop tp dia bakar. Ada kambing, ayam & daging. Sengkak perut. Minum lak Ais Lem…

~ Cita-Cita Qabil ~

Image
Salam hari Rabu. Dah msuk pertengahan minggu bekerja rupanya. Sekejap saja masa berlalu. Tahun 2013 pun dah sampai penghujung. 
Walaupun sekolah bercuti, tapi Qabil tetap kena pergi nurseri. Maklum la xde siapa nak jaga Qabil kat rumah. Sorry sayang. Mama kena kerja.
Selalunya memang bila naik kereta Qabil akan bacakan Doa naik kenderaan supaya perjalanan kami semua selamat & dilindungi. Alhamdulillah, berkat doa yang dibacakan oleh permata hati kami, kami semua dilindungi Allah kerana telah beberapa kali kami terselamat dibawah lindungan Allah berkat amalam membaca doa ini. 
Tetiba pagi ni ada a dialong antara Ibu dan Anak yang menarik setelah semua naik kereta sebelum memulakan perjalanan....
Mama : Tok Imam, sila baca doa
Qabil : Jangan la panggil macam tu
Mama : Dah tu, nak panggil apa?
Qabil : Panggil la IMAM MUDA Qabil. Tok Imam tu dah tua. Qabil ni muda lagi
Mama : Ok la. IMAM MUDA Qabil, tlg baca doa naik kenderaan.
Qabil : Bagus...bagus (sambil terus baca doa naik ke…