Posts

Showing posts from December, 2016

~ Dah 2 Tahun ? ~

Image
Assalamualaikum.. Salam Isnin, salam awal minggu. Hari ni 19-12-2016. Maka jam 3.03 pagi genap umur anakanda ke-2, Muhammad Qayyim Al Wafiq 2 tahun. Dah 2 tahun anak mama. Sekejap je masa berlalu. Fizikal adik kecik tapi....gaya adik dah macam budak besar. Bercakap....penat mama melayan. Selalu buat mama geram. Tapi marah tu reda bila adik ucap "aceh" (terima kasih) & "me-me" (sama-sama) bila dapat apa yang adik minta.  Adik memang suka bas & stereng. Sampaikan asyik nak main stereng Reza bila kita balik tumpang Auntie Bella.  Jadi....mama dah jumpa hadiah untuk adik...akhirnya jumpa di Eon Big. Punya lama cari.  Jangan rebut Reza punya dah tau. Kalau tak, naik kereta Auntie Bella dah tak mau turun. Mama doakan semoga adik sentiasa sihat, adik menjadi anak yang terbaik, adik berjaya dalam hidup adik. Mama nak adik sentiasa ingat yang mama sayangkan adik walaupun mama selalu marah adik sebab adik suka buat mama naik darah. Geram