Posts

Showing posts from February, 2017

~ Red Velvet Cookies ~

Image
Assalamualaikum. Salam permulaan minggu baru.
Hari tu sepertimana yang dijanjikan, kite nak dedahkan biskut apa yang rentung akibat kelalaian kan? 
Tadaaaaa....

Red Velvet Cookies
Biskut atas ni la yang rentung 1 tray tu...nasib baik ada lebihan. So dapat la merasa. Sedap ya amat...so crunchy. Di tambah pula dgn walnut & white chip. Resepi asal adalah resepi Famous Amos Choc Chip Cookies. Diubahsuai sbb saja gatal tgn. Disebabkan white chip digunakan dlm biskut ni, kandungan gula dikurangkan sebab white chip ni manis.
Jadi, jom kita intai resepi dia
Red Velvet Cookies Olahan dari Famous Amous Cookies

Bahan-bahan :-
1 cwn gula perang
1 cwn butter
1 cwn minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar/susu cair (kalau xde, air masak pn boleh)
4 cawan tepung gandum (jangan pandai2 nak lebihkan sebab adunan memang agak lembik)
Secubit garam
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang (nak letak lebih pun boleh, sesedap tekak. Saya tak sukat pun, main …

~ Episod Kegagalan ~

Image
Assalamualaikum
Kita jengah sebulan sekali ek? 
Setiap orang pernah mengalami kegagalan. Tak semua orang terus teror memasakkan? Even orang yang dah expert pun kadang-kadang fail gak kan?
Episod kegagalan kali ni adalah disebabkan oleh kelalaian sendiri...
Waaaaaa

Rentung okay.... RENTUNG
1 tray biskut rentung disebabkan oleh kelalaian sendiri. Tak pernah jadi sebelum ni. NEVER !!!!!
Tu la....lain kali sebelum nak bakar sesuatu dalam oven, periksa dulu setting dia. Lupa sebab selalunya setting oven tak berubah. Hari tu last buat Muffin Epal, last 10 minit ubah setting api bagi bakar atas je supaya lebih crunchy & tak basah. Lepas tu lupa terus tutup je.
Kemudian....masa panaskan oven buat biskut ni lupa nak tengok setting oven. Selalukan bakar kek ke....biskut ke guna api atas & bawah. Dah TER...lupa nak tengok setting tu, rentung la biskut mama 1 tray. 
Nak tau biskut apa yang rentung? 
Tunggguuuu...