Posts

Showing posts from November, 2013

~Eggless Choc Cake ~

Image
Salam hari Jumaat yg penuh mulia. Lama dah xjenguk blog ni. Bukan lupa, tapi sibuk sangat. Minggu lps cuti sbb nurseri Qabil tutup. Time tu Qabil pulak xsihat, cirit birit, muntah2 dengan demam sekali. Memang lembik btul dia. Cian sgt tengok. Minum air pun muntah balik. Hanya bagi dia makan pear, mkn ckit2. Air pun minum 1-2 teguk je skali minum. Lepas 10 minit bg lagi 1-2 teguk sbb nak elak dia muntah & air kurang dalam badan. Alhamdulillah, Qabil sehat, mak dia lak yg amek turn. Cuti dr Jumaat ke Selasa menjadi sambung dengan MC sampai ke Jumaat. Alhamdulillah sekarang semuanya dah sihat. Disebabkan dah sihat, maka selera nak makan pun ada balik. Makanya...terasa la nak makan kek coklat. Tapi telur pulak xde. Gigih la bukak fail. Nasib baik la jumpa resepi kek coklat tak payah pakai telur. Menarik untuk dicuba. Menarik je sebab kek ni nampak cantik & berkilat. Memang sedap & moist sangat Kek ni mudah disediakan. Hanya gunakan wisk je. tak payah nak kuak

~ Qabil 2013 Annual & Graduation Day ~

Image
 Salam hujung minggu. Alhamdulillah, pada 1 Muharram yg lalu telah berlangsung hari Anugerah sekolah Qabil bagi sesi 2013.  Tahun ini Qabil berada di kelas Sunflower Orange utk kanak2 umur 5 tahun. Seperti biasa hari Anugerah ini di adakan setiap thn bagi menghargai usaha kanak2 ini di dalam pembelajaran mereka. Nampaknya tahun ini Qabil masih berjaya mengekalkan pencapaiannya sebagai pelajar terbaik & mendapat tempat pertama di dalam pelajaran. Alhamdulillah.   Nama Qabil sbg penerima hadiah no 1  Pada tahun ni jugak Qabil menyampaikan cerita  dihadapan ramai orang. Mula2 tengok mula dia cam nak nangis. Bila mama g duduk dpn dia, bru la ok kot. Sbb Qabil bercerita tak tengok buku sdgkan kanak2 lain bercerita tengok buku. Anak mama kan teror.    Nama Qabil dalam buku aturcara majlis utk bercerita Qabil bercerita Selain dari tu, kelas Qabil juga membuat 2 persembahan. So Qabil pun mesti terlibat. Persembahan pertama, Nasyid dr Mawi & Akhly