Posts

Showing posts from August, 2018

~ Bertambah setahun lagi ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam lindungan Allah s.w.t. Aaminnnn.. Alhamdulillah tanggal 19 Ogos merupakan hari ulangtahun kelahiranku. Tahun ini genap usia 38 tahun. Seperti biasa, ulang tahun disambut secara sederhana bersama keluarga kecilku. Sekadar ucapan ingatan dari suami, anak-anak dan adik-adik. Mama tahun ni sibuk mengerjakan ibadah haji. Jadi, doakan mama semoga dikurniakan haji yang mabrur. Kek tahun ni pilihan anak-anak. Sorang nak kek coklat, sorang nak kek aiskrim. Jadi kita gabung jadi kek aiskrim coklat ditaja oleh cik Abang. Kena la posing dengan kek kan birthday mama Jamoca Almond Fudge by Baskin Robin. Serius sedap giler. Abaikan tobek tu, terlanggag peti ais masa nak simpan Alhamdulillah...semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki bersama keluarga tersayang.