Posts

Showing posts from 2014

~Ahlan Wa Sahlan Qayyim ~

Image
Assalamualaikum.  Jumaat ni genap 2 minggu kelahiran putera ke 2 kami Muhammad Qayyim Al Wafiq bin Khairul Anuar. Alhamdulillah.  Qayyim dilahirkan secara normal pada 19/12/14 hari Jumaat pada jam 3.03 pagi di Hospital Ampang setelah mengalami contraction selama 3 hari. Proses kelahiran Qayyim agak mencabar kerana kelahiran si abang sebelum ini ada secara ceaser. Doktor hanya memberikan tempoh selama 8 jam untuk kelahiran secara normal. Jika lebih dari itu, perlu melalui pengalaman seperti si abang juga secara ceaser.  Akhirnya, segalanya telah selamat.  Alhamdulillah. 

~Tahniah Anak Mama~

Image
Assalamualaikum Berjanggut dah baru nak update. Bizi sangat kebelakangan ni. Ahlamdulillah anak mama dah tamat alam sekolah tadika. Tak sangka dah besar anak mama ni. Rasa mcm baru je hantar masuk kelas EDP. Syukur alhamdulillah tahun ni Qabil dapat 100% dalam semua subjek & berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam kelas seperti tahun-tahun sebelum ni. Tahun ni juga ada anugerah baru iaitu Award of Excellence. Anugerah ni baru diperkenalkan kerana sehingga hari ni Qabil adalah 1st student yg sentiasa dapat no 1 dr kelas EDP (3 tahun) hingga ke kelas Hibiscus (6 tahun) Piala yg Qabil dapat Qabil dah grad Semoga Qabil berjaya sentiasa.

~Jatuh~

Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal jatuh. Jatuh apa? Jatuh cinta? Bukan.... Jatuh yg betul adalah jatuh terlentang. Alah...tu pun nak kecoh kan? Ni bukan jatuh terlentang biasa. Jatuh terlentang masa mengandung.  Owh...tidak...merbahaya... Sakitnya hanya Allah yang tau. Tak tau la cmne boleh jatuh.  Tau2 dah terlentang. Amat menyakitkan, amat menyiksakan.  Dah seminggu jatuh tp kesannya still sakit sampai sekarang.  Paling seksa nak duduk & nak bangun. Tido pun boleh mengereng je.  Dugaan betul mengandung kali ni.  Masa mengandungkan Qabil dulu rilex je blh basuh baju guna tangan stok seminggu usung dari bilik air atas & jemur di bawah.  Mungkin effect dulu2 kot. Dulu pun ada gak selalu jatuh terlentang.  So kesannya sekarang baru rasa. Almaklum la kan. Usia bukan makin muda.  Harap dapat meneruskan kandungan dengan selamat.  Ada lagi 8 minggu to go. Amin.

~Setia~

Image
Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. selalu update blog hari Jumaat sbb rasa hari jumaat yg free ckit. Sekarang ni kandungan dah msuk minggu ke 28. Makin besaq dah perut. Alhamdulillah, kandungan ke 2 ni, krem kaki ada la dalam 4-5 kali je stakat ni dan xseteruk macam masa mengandungkan Qabil dulu. Sebab pe? Sbb memang amalkan sebelum tido sapu bam panas. Bam apa nak tau? Mesti la bam dari Jamu Susuk Dara ie Medicated Deep Heat Lotion.  Ni la bam dia. Bau dia best Lepas sapu bam tu, harus pakai stokin. Memang amalkan sejak lps kena krem masa mula2 pregnen. Seksa ooooo...sakit sampai nangis2. Lepas tu memang amalkan sebelum tido sapu bam ni dari betis smpai ke tapak kai & lepas tu pakai stokin. Tapi memandangkan sekarang perut dah makin besaq. Nak tunduk pakai stokin pun dh susah, maka datanglah pertolonngan dari putera kecil. Tiap-tiap malam Qabil setia memakaikan stokin untuk mamanya. Ni la pembantu kecil yang setia Harap dapat meneruskan baki kandu

~Anniversary dgn Homemade Chicken Chop~

Image
Assalamualaikum Kami kan baru je sambut anniversary yg ke 7. Tak ada la apa yang sepesel pun. Tak larat nak keluar. Jadi kami pasangan rajin memasak ( kononnya ), buat la Chicken chop utk sambut anniversary kami. Makan la kami bertiga seekor ayam tu tau buat. Potong 4 je ayam tu. Punya la tamak. Makan hingga tersandar kekenyangan. Buat sendiri memang puas. Kos baru sikit je. Cuma remeh sbb naik buang tulang ayam tu la. Jadi tugas siang ayam adalah tuang si suami & tugas isteri, buang tulang ayam sbb boleh buat sambil duduk. Plating mesti cantik, Beria tau Dah siap siang semua, isteri masih lagi tugas duduk, membedakkan ayam & sang suami tolong goreng. Tapi memang sedap sbb moist je ayam dalam serbuk roti tu.  Dah siap kita makan....ada cerita kelakar tau. Akibat kena makan 1/4 dari seekor ayam seorang, Qabil sampai mengigau2 kekenyangan. Siap ckp " Mama, Qabil kenyang ". Kesian budak tu. Resepi Chicken Chop + Sos Lada Hitam Chicken Chop 1 e

~Happy 7th Anniversary~

Image
Assalamualaikum Salam kemerdekaan. Tema 31 Ogos 2014 adalah  'DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA' Cewah. Sesuai sekali tema tahun ni sbb kami pun menyambut ulang tahun perkahwinan pada tarikh yg sama iaitu 31 Ogos. Tahun 2014, genap 7 tahun usia perkahwinan kami. Percintaan kami juga bermula pada 31 Ogos 2001. Sebab itulah kami sepakat untuk mengabadikan percintaan kami ke alam perkahwinan juga pada tarikh yang sama. Alhamdulillah 31 Ogos 2007 jatuh pada hari Jumaat yg mulia. Kami di satukan dengan ikatan pernikahan sebelum solat Jumaat.  Alam percintaan banyak dugaan. Alam pertunangan banyak godaan. Huhuhu..alhamdulillah segala rintangan dapat dihalangi & kami akhirnya disatukan. Semoga ikatan kasih, sayang & cinta antara kami semakin kukuh dengan adanya cinta hati kami berdua Muhammad Qabillah Ulwan & insya'allah akan hadir ahli baru dalam keluarga kami. Doakan segalanya selamat. AMIN Gambar edit. Kami jarang ambil gambar berdua.

~Happy Birthday to .....ME~

Image
Assalamualaikum Kembali bersiaran dalam penghujung Syawal.  Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menyambut ulang tahun kelahiran tahun ni. Ulang tahun ke berapa ?  Yang ke 34 tahun.  Alhamdulillah juga diberikn kesihatan yang baik. Kadang2 je pancit di sebabkan membawa seorang lagi khalifah Allah bersama2. Hope dapat bertahan sehingga akhirnya. Happy Birthday to ME!!!!!!!!

~Selamat Hari Raya Aidil Fitri~

Image
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN ~dari kami sekeluarga~

~Isteri Mengidam~

Image
Assalamualaikum Salam Ramadan. Huhuhu..dah ponteng puasa dah. Dah xcantik puasa, ada lubang, tapi bukan saja-sja kan. Dah terpaksa sampai badan menggigil sebab tak tahan sangat.  Pada suatu hari, seorang isteri yang xde selera makin akibat mengandung telah meminta si suami membelikan kue teow kerang, tanpa sayur. Pelik sang suami sebab setau dia si siteri tak makan kerang. Tapi di turutkan jugak, tapi...sedih sebab kue teow yang dibeli tak sedap. Maka, disebabkan rasa kasih kepada sang isteri yang tak ada selera makan, maka sang suami gigih menyediakan kue teow kerang seperti yang diminta si isteri. Hasil  air tangan sang suami untuk si isteri yang mengidam Macam orang dapat duit tu. Sedap sangat. Berjaya la habiskan sepinggang kue teow goreng. Kalu tak sebelum ni, sesenduk pun susah nak habiskan. Habis tau, puas hati betul. Kerang gemuk-gemuk Alhamdulillah. Ada jugak makanan masuk ke perut. Tq my Papa Bear.

~Sabarlah Sayang~

Image
Salam Ramadhan yang ke 5.  Hari ni hari ke 5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Tapi....hari ni dah 3 hari anak mama terpaksa ponteng puasa. Tak pe la. Qabil kecil lagi. Xberdosa pun kalu xpuasa. Yang penting Qabil solat. Qabil xboleh puasa sbb nak kena makan ubat sbb kena chicken pox. Kena makan ubat supaya cepat sihat.    Cian Qabil terpaksa ikut mama g ofis sbb nurseri tak nak bagi Qabil duduk sana. Kena cadangkan supaya nurseri buat bilik rawatan utk anak2 yg sakit supaya xde la ibu bapa kena usung anak ke ofis bila anak sakit . Rajin minum air kelapa ye sayang bagi cepat sihat. 

~Happy 6th Berthday, Qabil~

Image
Assalamualaikum Agak terlewat update post ni. Tapi xpe la.  Pada 8 Jun 2014 kami sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran anakanda yg tersayang yg ke-6 yg sepatutnya pada 5 Jun 2014. Tak pe lewat sikit. Sambuttan yang biasa je. Kek beli kek aiskrim sbb mamanya xlarat nak buat kek yg dijanjikan sebelum ni. Kek Aiskrim Coklat. Full with coklat. memang sedap tp xhabis lagi smpai skrg. Ada lagi dlm peti es. Terlupa sebanarnya.  Happy Birthday Qabil. Smoga Qabil menjadi anak yg terbaik untuk keluarga. LOVE U very much.

~Dulu vs Sekarang~

Assalamualaikum Sekarang usia kandungan masuk 9 minggu. Terasa perit sangat walaupun ini yang ditunggu. Memang berbeza sangat pengalaman mengandung kali kedua ni jika di bandungkan dengan Qabil. Mungkin faktor usia jugak. Ye la, dlu 20-an. Sekarang dah 30-an. Tenaga dah makin kurang. Alahan kali ni terlalu teruk. Badan terlalu lemah, lembik. Makan xde selera. Air pun boleh minum air sirap/sirap limau. Air 0 langsung xboleh nak masuk. Memang terasa teruk sangat. Makan asam pun xjalan utk hilangkan loya.  Mengandung kali ni jiga kerap ambil mc. Sekali mc sampai 3 hari. Memang terbaring je la. nasib baik ada Cik Abang yg memahami. Dia la yang masak semua. Nak harapkan isteri, memang xmakan la. Memang rasa terharu sangat.  Alahai...dah tak larat. Nak baring dulu... Babai.

~Fake Test~

Image
Assalamualaikum Mood sekarang jatuh merudum di sebabkan result yg diperolehi dr sebuah klinik ni. Dah la dalam keadaan badan yg xbermaya. Makan pun xlalu, memang rasa down sgt. Nak tau sebab pe? Ni la sebab dia v v v v Tengok betapa clearnya result upt ni. Ha...gambar atas ni hasil daripada buat test sniri dekat ofis setelah 12 hari delay period. Ok la kn. Alhamdulillah la. Cadang2 bln depan la baru nak g cek dkt klinik. So Isnin lepas, memang rasa xsihat sgt. Dengan makan xselera. Badan lak sekejap panas, sekejap sejuk. Maka ajak la Papa Bear g klinik sbb dah tak tahan ( ingat best ke g klinik? xbest langsung. Sebab terpaksa je tau ). Dekat klinik kena buat upt lg skali, tau apa result dia? v v v v Result test kat klinik Boleh bayangkan x betapa rasa luluh hati. Doktor tu xmau scan, alasan awal lagi, xnampak. Blood test pun xnak buat. Just bg MC & suruh datang balik 2 minggu lagi. Ko pk aku nak datang lagi ke klinik ko? Memang tak

~Alhamdulillah~

Image
Alhamdulillah Syukur di atas rezeki yg Engkau kurniakan, Ya Allah Gambar dr Google

~Mandi laut~

Image
Assalamualaikum Cuaca sekarang ni tak menentu. Air pun still kena catu sampai hujung bulan 4 ni. Hope ianya akan berakhir. Makanya disebabkan hari Sabtu & Ahad xde air, kami sekeluarga melarikan diri ke Port Dickson. Lama sangat dah x g sana. Last pergi pun masa Tok Long buat kenduri anak tunggal dia. Disebabkan abah & mama datang rumah, jadi terjadi la plan yg tak dirancang ni utk menjimatkan air yg akan ada pada hari Isnin. Kami pun berpakat pergi ke rumah Tok Long. Rumah Tok Long ni belakang di laut tau.  Belakang tu la laut.  Disebakan belakang rumah tu laut, makanya budak ni memang la xsabar nak mandi laut.  Budak yg sedang merenung ke laut Demi memenuhi kehendak budak ni, mama dgn abah pun kena la join dia sama ke laut. Budak ni memang beria nak ke laut, tapi hakikatnya dia takut.  Berkali2 pesan supaya xlupa bwk baju swimming dia  Konon nak menyelam Seronok dapat naik bot abah Xpuas sebenarnya budak ni main air laut. Siap ca

~Jalan-Jalan Buang Tenaga~

Image
As Salamualaikum Kami suka jalan2 dekat Jusco. Sebabnya boleh shopping, boleh makan & Qabil boleh main dkt payground dia. Tp bukan banyak pun yg selalu Qabil main. Selalunya Qabil akan main 3-5 permainan je ie Tembak Hantu Api, Bowling, Ultraman, Kereta Doremon & Ketuk Buaya. Semua ni sllnya dia akan main sendiri kecuali bowling sbb mama kena control spy dia dapat jauthkn smua pin. Lepas tu Ultraman. Ultraman kena main 2 org. Jadi antara mama dgn abah dia la jadi mangsa. Selalunya mama dia la jadi mangsa. Tapi....minggu lepas abah di jadi mangsa kena lawan dgn dia sbb mama dia g toilet. Bukan selalukan... Abah Qabil xperasan tau mama ambik gambar ni. Comel la pulak Lepas penat main, boleh g makan. Qabil suka makan nasi ayam dekat food court Jusco AU ni. Makan dia pun ok. Nanti kita pergi lagi

~Baby Mama~

Image
Assalamulaikum. Bertemu lagi kita. Tuntutan kerja membuatkan malas nak update blog. Lagi pun xtau nak cerita apa. Nak post resepi pun macam xde sebab sekarang ni air kena catu.  Hari ahad lepas kite g Tesco Ex Selayang untuk beli barang. Hari ahas, ramai la yg bawak anak2 & baby skali kan. Tetiba masa dok pilih2 barang, Qabil bagi soklan cepumas... Qabil : Mama, bila mama nak ada baby? Mama : Bila Allah nak bagi, ada la. Qabil : Mama dgn abah kena kawin lagi skali ke baru dapat baby? Kena pakai baju pengantin macam dalam gambar dulu tu ke? Mama : Tak la. Nanti mama terangkan. Sekarang kita pilih bawang dulu. Hahaha...kena cari idea macamana nak jawab. Budak sekarang ni makin advance.  Tapi mama kan dah ada baby baru. Baby Ika yg cumel.   Ini dia baby Ika. Comel kan ***Tengah berusaha nak tambah ahli keluarga. Nak girl pulak 

~New Toy~

Image
Assalamualaikum Hahaha...kite dah ada mainan baru? Bukan kite punya pun. Kite tumpang je. Toy ni sebenarnya nak memudahkan pergerakan kami suami isteri, menjimatkan, masa & duit. Pelaburan memula je la kan yg banyak cikit. Tapi xde la sampai puluhan riban. Adalah rezeki kerja cik abang tak tido malam, alhamdulillah. Ni la menan baru kite  v v v Alhamdulillah. Selepas ni xde la dok tersangkut dengan jem je. Tapi dah merasa la kena hujan skali sbb baru seminggu pun rasmi kan. Selesa la cuma tinggi bagi kite yang rendah ni. ala...bukan kite yg bawak pun. Cik abang yg bawak. Kite naik je. Sapa nak try....kena ukur tinggi dulu ye. Kang tak sampai kaki

~Apam Pelangi~

Image
Assalamualaikum Salam hari yang mulia. Dah lama tak update pasal masakan kan. Lately kemalasan amatlah melanda ditambah pulak air kena catu, jadi mood nak memasak pun ke laut la.  Minggu lepas merajinkan diri buat Apam Pelangi sebab terasa nak makan & rasa dah lama tak buat kuih. Makan pun takat sorang makan. lebihnya bwk ke ofis jadi bekal makan sambil buat keje la kan. Ok la tu. Jimat cikit belanja. Apam pelangi..sedap sebab seakan2 kek & seri ayu. Kali ni buat pakai susu cair sebab xde santan dkt rumah. Jaga kesihatan la sama kan. Apam Pelangi yg xmcm pelangi pun Resepi yang di ubahsuai dari asal Apam Pelangi Bhn :- 2 cwn t. gandum 1 sk baking powder 1 cwn susu cair 3/4 cwn gula 2 bj telur 1sk esen vanila 1 sk ovellate 1/3 sk garam Cara :- 1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dgn sdikit minyak 2. Ayakkan tepung dgn b.powder 3. Pukulkan gula, ovellate, telur & garam hingga kembang 4. Masukkan susu cair & tepung. Pukul hingg

~Hepi Besday Syam & Shira~

Image
Assalamualaikum Bulan 3 ni bulan Double Birthday utk My Lovely Bro & His Wife. Alang2 mama dgn abah dh dtg rumah dgn depa sbb abah nak g IJN, maka sambut je la skali. Lg pun adik2 lain pun ikut sama. Ok la tu kn. meriah la cikit. Sambut kat rumah je, just beli kek, abah baca doa.  Cheese kek beli dkt Kings je. Malas nak buat sebab air xde Paling best..sbb tengok budak tecit ni. Geram betul.  Punya la bersugguh di tengok kek tu. Macam la boleh mkn. Xblh ye syg. Just boleh rasa je. Tunggu Ika besaq. Hepi Birthday to Alang & Shira. Semoga bahagia selamanya. 

~Rasa Hati~

Image
Assalamualaikum Sekarang ni tengah krisis catuan air. Huhuhu....jenuh gak la bila xde air ni. Kena la berjimat cermat. Maka dengan itu kami sekeluarga dgn abah, mama & adik2 lain melarikan diri selama  1 malam ke PD. PD je pun. Saja je sebenarnya g rumah Tok Long. Rumah tok Long belakang dia laut wooo...Memang best. Xpuas sehari. Nanti ingat nak sewa hotel la boleh bg Qabil main pair & main air laut puas2.  Mula ingat dia nak tulis nama dia. Step by step apa yg dia buat (1) (2) (3) Cetusan hati Qabil. So sweet. Mama love U tooo sayang. 

~Air Tangan Azniezura~

Image
As Salam Apa khabar semua? Alhamdulillah..Jerebu dah makin kurang. Baru la nampak matahari. Pukul 5 pun still panas terik macam pukul 2 ptg. Memang panas. Air Tangan Azniezura ? Gedik je bunyi dia kan. Sebenarnya saja nak share. Eksited sbb dah bukukan koleksi resepi yg telah kita cuba dalam satu buku. Kebetulan Pixajoy buat promo free Pohotobook Mini Softcover. Just bayar postage je 8 hengget. Haaaa..dah org nak bagi free kan..amek la peluang ni. Bukan senang ooo..Kalu sniri nak print. Mau berpuluh hengget gak. Tq to Pixajoy. Lepas ni buat la promo lagi selalu. Untung langgan Groupun la,  My Sale la, MyDeal la kn. Memang memenuhkan email tapi berbaloi... Comel je buku dua tau. Dapat2 senyum spanjang hari sbb terlalu happy. Puas hati dgn kuali kertas dia.      Kalu ada promo lagi nak buat lagi. Skrg tengah dok tunggu utk family punya & 1 lagi dlm proses nak buat.  

~Talam Pandan & Sagu~

Image
Selamat Tahun Baru Cina. Tahun ni Tahun Kuda? Sapa yg lahir tahun kuda ni mesti kuat lari kan? Jangan lari dari rumah dah la kan. Hari ni saya nak share resepi 1 kuih. Kuih ni adalah gabungan kuih Tepung Talam & Kuih Sagu. Nak buat Tepung Talam, Gula merah habis, nak buat kuih sagu, sagu ada sikit sangat. Jadi, gabungkan la kedua2 kuih ni menjadi la Talam Pandan & Sagu. Saya buat kuih ni kurang manis. Gula kan mahal. Cantik pulak tengok gabungan warna kuih ni. Hijau & merah walaupun sebenarnya pati sirap ros tu tertumpah. Tu yg terang je kaler dia. Tapi nasib baik la kan. Setakat kaler je, jadi bau dia pun lebih wangi dengan bau pandan & pati ros. Meh kita goda dengan gambar dia.... Meriah kan kaler dia.... Cara buat diapun senang. Meh share resepi dia. Talam Pandan & Sagu Bawah :- 1 ½ cwn gula pasir 5 helai daun pandan di blender dgn 2 cwn air 3 cwn santan cair 2 cwn tepung gandum Sedikit kapur makan (just skadar hjg sudu kec

~ Komplen ~

Assamualaikum..hari Isnin yang huru hara di pejabat. Situasi ni terjadi semasa tengah kunch semalam kat rumah.  Minggu ni xde keluar ke mana2 sbb cik abg bz. Huhuhu...melayan bosan kat rumah sambil berebut main game Hidden Object dgn Qabil. Eksen ooo budak tu. Main game org besaq. Semalam masak simple je. Asam pedas ikan kembung + bendi, Sayur buncis + tauhu , last skali daging bakar. Daging kambing tau. Murah je, beli dkt Jusco yg ada sale 50%. Sedap sbb dia dh perap dgn black paper & lembut sangat. Balik rumah bakar je. Beli minggu lepas pun. Ok la, rezeki utk semalam.  Macam biasa la sambil makan sambil sembang2. Tetiba cik abg bersuara... Cik Abg : Abg pernak komplen x syg punya masakan? Me : X pernah. Knapa? Ada nak komplen ke? Cik Abg : Xde la. Xpernak komplen ek. Ok la tu. Me : Ingatkan nak komplen pe2 tadi. Cik Abg : Tapi kalu order mcm2 ada kan? Me : Ada..Redha je la. Kalu reti syg msk la. Xreti pun, google search je la cari resepi mcm yg Abg min

~ Seri Ayu...memang Ayu..... ~

Image
Assalamualaikum Sejuk betul hari ni walaupun xhujan. Kat lua pun redup & berangin je. Boring la pulak xtau nak buat apa time cuti2 ni. Rancangan tv pun xseronok. Nak balik kampung pun xboleh sbb cik abang dok sibuk siapkan rancangan Wan Malaysia Season 3 yang nak on air dekat Astro Prima. Patutnya on air hari khamis tadi, tapi extend ke Isnin minggu depan. Jadi...duduk melepak la kat rumah. Sejuk2 ni tekak pun rsa nak makan macam2. Tetiba tengit bestnya kalu dapat makan Seri Ayu. Tapi kelapa pulak xde. Kelapa xde...hmmmm xjadi hal. Boleh je buat xpakai kelapa. Seri Ayu ni sejenis kuih tradisional. Rasanya seperti apam. Tapi dia lemak sbb menggunakan telur dan santan. Dah terliur ni.  Lama jugak xbuat seri ayu ni sebab nak buat dia kena betul2 seru tu datang & mood tengah elok. Kalau tak, alamat bantat la dia. Mengada kan. Memang pernah jadi macam tu sebab dulu ingat mama sruh buat untuk meniaga, tapi xde mood nak buat. Buat dalam terpaksa..keras jadinya. Jadi lepas