Posts

Showing posts from September, 2014

~Anniversary dgn Homemade Chicken Chop~

Image
Assalamualaikum Kami kan baru je sambut anniversary yg ke 7. Tak ada la apa yang sepesel pun. Tak larat nak keluar. Jadi kami pasangan rajin memasak ( kononnya ), buat la Chicken chop utk sambut anniversary kami. Makan la kami bertiga seekor ayam tu tau buat. Potong 4 je ayam tu. Punya la tamak. Makan hingga tersandar kekenyangan. Buat sendiri memang puas. Kos baru sikit je. Cuma remeh sbb naik buang tulang ayam tu la. Jadi tugas siang ayam adalah tuang si suami & tugas isteri, buang tulang ayam sbb boleh buat sambil duduk. Plating mesti cantik, Beria tau Dah siap siang semua, isteri masih lagi tugas duduk, membedakkan ayam & sang suami tolong goreng. Tapi memang sedap sbb moist je ayam dalam serbuk roti tu.  Dah siap kita makan....ada cerita kelakar tau. Akibat kena makan 1/4 dari seekor ayam seorang, Qabil sampai mengigau2 kekenyangan. Siap ckp " Mama, Qabil kenyang ". Kesian budak tu. Resepi Chicken Chop + Sos Lada Hitam Chicken Chop 1 e

~Happy 7th Anniversary~

Image
Assalamualaikum Salam kemerdekaan. Tema 31 Ogos 2014 adalah  'DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA' Cewah. Sesuai sekali tema tahun ni sbb kami pun menyambut ulang tahun perkahwinan pada tarikh yg sama iaitu 31 Ogos. Tahun 2014, genap 7 tahun usia perkahwinan kami. Percintaan kami juga bermula pada 31 Ogos 2001. Sebab itulah kami sepakat untuk mengabadikan percintaan kami ke alam perkahwinan juga pada tarikh yang sama. Alhamdulillah 31 Ogos 2007 jatuh pada hari Jumaat yg mulia. Kami di satukan dengan ikatan pernikahan sebelum solat Jumaat.  Alam percintaan banyak dugaan. Alam pertunangan banyak godaan. Huhuhu..alhamdulillah segala rintangan dapat dihalangi & kami akhirnya disatukan. Semoga ikatan kasih, sayang & cinta antara kami semakin kukuh dengan adanya cinta hati kami berdua Muhammad Qabillah Ulwan & insya'allah akan hadir ahli baru dalam keluarga kami. Doakan segalanya selamat. AMIN Gambar edit. Kami jarang ambil gambar berdua.