Posts

Showing posts from March, 2017

~ ABAH ~

Image
Assalamualaikum
Hari ni, genap seminggu abah meninggalkan kami. Abah pergi tanpa pesan. Abah penat & dimasukkan ke hospital Slim River pada 9-3-17. Tapi memang abah selalu penat. Kami balik melawat abah di hospital pada hari Sabtu. Keadaan abah penat macam biasa je. Tak ada apa yang serius. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Walaupun hakikat nampak abah semakin pulih, mungkin itu semua untuk mengaburi kami semua.
Tepat jam 6.05 pagi tanggal 12-3-17 abah telah meninggalkan kami. Sesuatu yang kami semua tak jangka. Satu kehilangan yang amat berat bagi kami terutamanya mama. Tapi siapalah kita sebagai hamba untuk mempertikaikannya. 
Setelah 10 tahun melawan sakit jantung, sampai masanya abah menyerah. Tamat sudah penderitaan dan kesakitannya selama ini.
Walaupun berat untuk kami hadapi, kami redha.
Abah, tenanglah abah di sana. Semoga abah ditempatkan dikalangan insan-insan yang beriman & beramal soleh. Abah sentiasa dalam ingatan dan hati kami selamanya. 
Abah  06-01-1956 h…