Posts

Showing posts from January, 2019

~ Fruit Pastry Cake Yang Viral ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke kawan-kawan semua? Masih dalam mood tahun baru ke? Alhamdulillah, kita dah masuk ke tahun 2019. Dekat dah nak ke tahun 2020. Dulu masa zaman sekolah kita bayangkan zaman 2020 tu ada kereta terbang. Hahaha....ni tak ada kereta terbang. Tapi kereta bertebaran di atas kepala. Fly over kan banyak. Yang masih dalam pembinan pun ada. Ok, tahun baru ni saya sambut dengan kek yang pernah viral. Orang lain dah jemu dah. Kita baru nak try. Sebanarnya saya ni tak makan strawberi sebab tak tahan bau dia yang tersangat wangi. Bau dia pun dah rasa pening. Tapi masa pergi Tesco baru-baru ni, ada la Tesco jual Bueberry dengan Strawbery yang clearance stok. Buah cantik tapi sebab ada 2 kotak je jenama tu, tu yang Tesco nak clearkan kot. So sambar la dua-dua kotak Blueberry dan Strawberry. Kalau ikut harga biasa, memang fengsan la. Tau la kan biasa harga dia paling murah pun RM 9 sekotak cenonit tu. Lepas tu ada la Italian Sweet Kiwi pun murah. So b

~ Mi Udang Pak Ya ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga kita semua diberkati dan beroleh kesejahteraan yang berganda di tahun ini. Cuti sekolah dah habiskan. Mesti tak sabar nak plan untuk percutian seterusnya. Kalau dah namanya cuti, mood nak makan pun berganda. Habis semua diet yang diusahakan selama 11 bulan. Hahaha...konon sangat. Ok, sesi memenuhkan perut selepas balik dari Teluk Kemang diteruskan ke Pak Ya Bistro & Catering yang terletak di Ulu Slim, Slim River, Perak. Alah....google je. Lepas tu, waze pulak untuk tau arah ke sana. Senang je. Pak Ya Bistro & Catering ni pun ada Facebook tau. Cari je.  Gambar dari FB Pak Ya Bistro & Catering Kami ke sini disebabkan oleh......mama la. Dok bercerita sedap mi udang di sini, udang fresh, adik suka makan udang galah goreng. Mama ni jenis cerewet, kalau dia kata sedap, maknanya sedap. Maka kami pun bertolak la dari rumah mama ke Slim River.