Posts

Showing posts from March, 2018

~ Muhammad Raihan Iskandar ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Habis sudah cuti sekolah selama 1 minggu. Sekejap je rasanya jika dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Haaa....tahun ni tahun kedatangan ahli baru dalam keluarga besar kami. Keluarga Abdul Aziz dan Hamisah. Kali ni, kedatangan ahli cilik yang kedua dalam tahun 2018. Tanggal 25 Febuari 2018 lahirlah seorang lagi ahli keluarga kami. Muhammad Raihan Iskandar, anak pertama Acik Hakim dan Cik Suria.  Selamat datang Raihan ke dalam keluarga kami. Semoga kehadiran Raihan menambahkan keceriaan dalam keluarga. Memperkenalkan....Muhammad Raihan Iskandar Ahlan wa sahlan.

~ Setahun berlalu tanpamu....ABAH ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan di bawah lindungan serta rahmat-Nya. Hari ni, tanggal 12 Mac 2018, genaplah setahun pemergian abah. Pemergian yang takkan kembali dan tiada gantinya. Kasih abah kami bawa hingga ke hujung nyawa. Tiada apa yang dapat kami persembahkan sebagai ganti pengorbanan serta kasih sayang yang abah curahkan. Hanya iringan doa serta bacaan Yaasin kami titipkan untuk abah di sana. Damailah abah di sana.  Al fatihah buat abah.