Posts

~ Homemade Playdoh ~

Image
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Selamat bersantai bersama keluarga yang tersayang.
Apa aktiviti hujung minggu anda semua? Pergi bercuti atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah? Keluarga saya biasanya kalau hari Sabtu adalah hari mendobi. Hari Ahad pula, hari mencari barang dapur dan bawa anak-anak keluar. Kesian pula budak-budak ni. Isnin hingga Jumaat terperuk di sekolah dan nurseri je. So hari Ahad, bawa keluar walaupun hanya bawa pergi makan ais krim.
Tak tau kenapa, hari ni si Qayyim dok berzikir nak playdoh je. Tambah pergi Mr. Diy nak beli barang. Tapi kami tak belikan pun sebab takut beli nanti dia main, masuk dalam mulut. Makanya mama pun alihkan perhatian dia dengan ais krim. Nampaknya berjaya buat masa sekarang. Jadi, boleh sambung beli barang. Misi ke Jusco sebenarnya nak beli telur sebab telur gred A murah di Jusco. Dah pergi Jusco, mesti la masuk Mr. Diy tu. Untuk masa sekarang, masalah zikir playdoh dah selesai. Bawa anak-anak makan dan balik.
Rup…

~ Selamat Pengantin Baru Adikku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti blog ini. Eh, ada ke orang yang follow? Blog pun suam-suam je kan. Bukan blog femes pun. Sekadar nukilan perjalanan kehidupan yang dilalui untuk kenangan. 
Alhamdulillah, pada tanggal 6 Julai 2018 merupakan detik bersejarah buat adinda Atam aka Mohd Zuhri Syahmir b. Abdul Aziz kami. Anak lelaki bongsu dalam keluarga kami. Anak ke 6 dari 7 adik beradik. Anak manja mama ni. Dulu masa kecik memang la tak boleh berenggang dengan mama. Mama pegi toilet pun dia tunggu depan pintu toilet. Dah besar pun macam tu. Tapi tak de la dah nak tunggu depan pintu toilet. Nak shoping pun usung mama gak. 
Bercerita tentang Atam ni, memang boleh jadi bahan usikan. Dengan kulit yang putih seperti mama, muka yang jambu seringkali dia disalah anggap sebagai perempuan yang nak jadi lelaki oleh makcik-makcik bawang. Hello makcik. Tak perasan ke halqum punya besaq kat leher dia tu. Ayo....tp dia memang jambu kot. 
Majlis pernikahan berlangsung sele…

~ Semperit Klasik ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Masih lagi dalam mood raya kan. Raya kan sebulan. Ada yang dah start puasa sunat ke? Mana yang berdiet tu, boleh sambung berpuasa untuk maintainkan berat badan.

Sempena masih lagi dalam mood raya, kita upkan satu resepi biskut raya yang klasik iaitu Semperit Klasik yang menggunakan merjerin yang mak-mak kita guna dulu. Resepi ini adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang sangat terkenal dalam Facebook. Beliau sentiasa cuba mempelbagaokan resepi dan tidak lokek untuk berkongsi resepi tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Resepi ini memang sedap dan begitu gebu. Memang dah lama cari resepi semperit yang gebu macam ni sampaikan nak pegang pun kena berhati-hati.Suka sangat. Dah jatuh cinta dengan resepi semperit ni. Tahun depan boleh buat lagi. Tapi bercinta nak tekan bagi cantik. 1 adunan ni sampai 2 jam nak siapkannya gara-gara nak dapatkan bunga yang cantik. Tapi serius..memang berbaloi...digantikan kesedapan dan kenikmatan biskut ni.

Tada.…

~Brownies Full of Chocolate~

Image
Dah lama dah terasa nak makan brownies. Tapi seru nak membuatnya asyik tertangguh je. Sedangkan nak membuatnya punya la senang. Masuk je semua dalam besen,kacau...siap. Bakar..Xpayah susah susah nak kuakan mixer bagai. Kacau pakai wisker je. Kalu lagi malas, kacau pakai garfu pun boleh.
Jadi...semalam kuatkan la semangat membuat brownies ni setelah masak lauk. Abah balik keje lambat. Masak la lauk ayam masak kicap untuk hero ni. Untuk abah ingat nak masak sambal sotong. Tapi seru tak sampai lagi...tunggu seru datang baru buat sambal sotong.  Jadi...siap2 masak lauk, cakap la dekat hero tu:- Mama : Qabil, kita buat kek nak? Qabil : Nak nak nak. Kite nak buat kek apa? Mama : Kite buat kek senang je. Mama sedia semua, Qabil masuk semua dalam besen, Qabil kacau. Boleh? Qabil : Boleh. Senang je.
Jadi..mama pun sediakan la bahan, suruh hero masukkan semua dalam besen, suruh dia kacau. Sambil dia dok kacau bagi sebati, panaskan oven, lapik loyang dgn baking paper, sapu cikit dengan marjerin, ta…

~ Salam Aidil Fitri 2018 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Aidil Fitri kepada semua yang mengenali saya secara langsung ataupun hanya di alam maya. Maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Aidil Fitri kami sambut bersama keluarga di Perak. Almaklum la kan, kami berdua dari tempat yang sama. Jarak kediaman keluarga kami hanya dalam 20minit sahaja. 
Tahun ini kami menyambut Aidil Fitri bersama keluarga saya di Sungkai kerana ibu bapa mertua telah kembali ke rahmatullah. 
Sebahagian dari keluarga besar kami. Kami cuba untuk mengembirakan mama walaupun tanpa kehadiran abah
Mama dengan 5 orang cucu daripada 10 cucunya. Walaupun 5, keadaan rumah memang riuh rendah
Keluarga kecil kami. Susah betul nak ambil gambar dengan si adik. 
Mesti la kena ada gambar berdua kan...
Menu raya kami, lemang, rendang ayam pencen, nasi daging, air asam kerisik, laksa dan kuih muih. Tapi semuanya tak ambil gambar. Yang penting mesti ada gambar keluarga.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf …

~ Taman Tema Legoland ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah sebulan berlalu baru nak update. Tak pe la kan...boleh mengimbau nostalgia kseronokan berada di sana. pk, kita sambung cerita.
Kami memulakan penjelajahan di dalam taman Tema pada keesokan harinya. Yela..dah sampai pun pukul 5. Lagi sejam je taman nak tutup. So better kami berehat di dalam bilik sambil menyegarkan badan sebelum keluar semula untuk mencari makan malam. 
Ambil mood dulu sebelum memerah keringat nak membakar lemak di dalam taman tema ni. 
Ok. Keadaan di dalam taman tema masa kedatangan kami adalah panas. So, digalakkan anak-anak supaya pakai topi, baju yang menyerap peluh dan bawa air kosong banyak-banyak. Kami memang dah siap bawa 2 termos air sejuk. Susu Qayyim 2 botol. Beg yang mama galas tu, ada penebat untuk memastikan susu kekal panas. Bawa juga baju salinan dan tuala kecil. Jangan risau, dalam taman tema ni banyak toilet. Makanan tak boleh bawa masuk ye. Kalau nak bawa pun, pandai-pandai korang la. Diingatkan, makanan di da…

~ Janji ditepati .....Legoland....kami datang ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Macamana dengan cuti sekolah yang baru berlalu? Mesti masing-masing ada rancangan tersendiri bersama keluarha tersayang.
Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu pada bulan Mac lalu, kami sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Legoland. Setahun mama kumpul duit nak ke Legoland ni sempena perjanjian dengan Qabil sempena peperiksaan akhir tahun lepas. Mama cakap, kalau Qabil dapat no 1 dalam exam akhir tahun dan semua subjek dapat A, mama akan bawa pergi ke Legoland. Ni semua gara-gara selalunya keputusan peperiksaan akhir tahun yang selalunya menurun. Alhamdulillah, Qabil berjaya. Jadi mama perlu menunaikan janji supaya Qabil lebih bersemangat dan berusaha lebih keras.
Perangcangan awal nak pergi bulan 1. Tapi tengok promosi dan harga hotel, ditangguhkan. Bulan 2 pun mahal juga sebab cuti Tahun Baru Cina. Maka, lepas cuti Tahun Baru Cina, mama nekad booking hotel dan tiket awal untuk cuti sekolah di sana. Hahaha...nasib baik mama booking awal. Dapa…