Posts

Showing posts from April, 2018

~ Janji ditepati .....Legoland....kami datang ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Macamana dengan cuti sekolah yang baru berlalu? Mesti masing-masing ada rancangan tersendiri bersama keluarha tersayang. Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu pada bulan Mac lalu, kami sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Legoland. Setahun mama kumpul duit nak ke Legoland ni sempena perjanjian dengan Qabil sempena peperiksaan akhir tahun lepas. Mama cakap, kalau Qabil dapat no 1 dalam exam akhir tahun dan semua subjek dapat A, mama akan bawa pergi ke Legoland. Ni semua gara-gara selalunya keputusan peperiksaan akhir tahun yang selalunya menurun. Alhamdulillah, Qabil berjaya. Jadi mama perlu menunaikan janji supaya Qabil lebih bersemangat dan berusaha lebih keras. Perangcangan awal nak pergi bulan 1. Tapi tengok promosi dan harga hotel, ditangguhkan. Bulan 2 pun mahal juga sebab cuti Tahun Baru Cina. Maka, lepas cuti Tahun Baru Cina, mama nekad booking hotel dan tiket awal untuk cuti sekolah di sana. Hahaha...nasib baik mama booking a