~Eggless Choc Cake ~

Salam hari Jumaat yg penuh mulia.
Lama dah xjenguk blog ni. Bukan lupa, tapi sibuk sangat.
Minggu lps cuti sbb nurseri Qabil tutup. Time tu Qabil pulak xsihat, cirit birit, muntah2 dengan demam sekali. Memang lembik btul dia. Cian sgt tengok. Minum air pun muntah balik. Hanya bagi dia makan pear, mkn ckit2. Air pun minum 1-2 teguk je skali minum. Lepas 10 minit bg lagi 1-2 teguk sbb nak elak dia muntah & air kurang dalam badan. Alhamdulillah, Qabil sehat, mak dia lak yg amek turn. Cuti dr Jumaat ke Selasa menjadi sambung dengan MC sampai ke Jumaat. Alhamdulillah sekarang semuanya dah sihat.
Disebabkan dah sihat, maka selera nak makan pun ada balik.
Makanya...terasa la nak makan kek coklat. Tapi telur pulak xde. Gigih la bukak fail. Nasib baik la jumpa resepi kek coklat tak payah pakai telur. Menarik untuk dicuba.

Menarik je sebab kek ni nampak cantik & berkilat. Memang sedap & moist sangat

Kek ni mudah disediakan. Hanya gunakan wisk je. tak payah nak kuakan mixer bagai. Sekejap ke dah siap buat. Siap buat ye...nak tunggu dia siap masak je lama. Tapi berbaloi.

Jom intai resepi kek ni. 

Eggless Choc Cake.

Bhn :-

1 cwn t.gandum
½ cwn serbuk koko
1 sk baking powder
½ sk soda bikarbonat
¾ cwn gula
5 sb Horlicks (kalaus uka)
3 paket nescafe 3 in 1 (kalau suka)
½ cwn minyak
1 ¼ cwn air sejuk peti ais
1 sk cuka

Cara :-
1. Panaskan kukusan
2. Ayakkan tepung + baking powder + soda bikarbonat
3. Masukkan serbuk koko, gula, Horlicks & nescafe 3 in 1. Kacaus upaya semua bersatu
4. Masukkan minyak, kacau lagi
5. Masukkan air, kacau sebati. Pastikan adunan tidak berketul
6. Masukkan cuka & terus kacau hingga sebati
7. Masukkan ke dalam Loyang & kukus hingga masak kira2 45 minit
8. Sejukkan, hiaskan & hidangkan

**Memang berbaloiiiii

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~