~ Upside Down Art Gallery Port Dickson ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa cerita hujung minggu anda semua? Semoga ianya penuh dengan keceriaan.

Hujung minggu lalu, kami adik beradik bersama mama pergi melawat Tok Long di Port Dickson. Tok Long mendapat serangan stroke ketika mencabut rumput dirumah baru beliau. 4 bulan lepas beliau telah menjalani pembedahan membuang darah beku di Prince Court Hospital, KL. Alhamdulillah, Tok Long dalam proses pemulihan dan sudah boleh berjalan sedikit tanpa bantuan.

Alang-alang dah pergi PD, mesti la mandi laut kan. Tapi tak ada gambar sebab tak ada jurugambar. Abah budak-budak ni tak ikut sebab ada aral, jadi mama la nak mengawal 2 beradik yang sukakan air ni. Si adik pun tak takutkan ombak. Berlari sendirian sambil di awasi mama.

Pelangi selepas hujan di pagi Ahad di pantai Port Dickson. Cantik sangat. Dah lama tak tengok pelangi penuh

Kami sekeluarga menginap di Corus Apartment. Memandangkan main terjah je, apartment yang kosong hanya tinggal yang 2 bilik. Harga untuk 1 malam adalah RM 250. Lupa pulak nak ambil gambar. Lain kali je la. Hari Sabtu dipenuhi dengan mandi laut sampai penat.

Hari Ahad, lepas check out, kami menuju ke Upside Down Art Gallery Port Dickson untuk memenuhi permintaan adik uang bongsu. Alang-alang dah sampai PD kan. 

Bayaran masuk untuk hujung minggu adalah :-
Dewasa - RM 20
Warga emas / kanak-kanak - RM 15

Qayyim masuk free sebab adik yang jaga tiket tu ingt dia bawah 2 tahun. Hahaha...bagus jugak Qayyim ketot. Mama dapat harga Warga Emas sebab dah 60 tahun. Tapi kena tunjuk IC tau.

Galeri ini adalah rumah kedai 2 tingkat yang diunah suai menjadi Art Gallery. Pastikan korang ambil gambar disemua stesen untuk menjadikan ianya berbaloi membayarnya. Banyak gambar ambil gambar Qabil sebab Qayyim ni dok peluk je kaki mak dia. Adeh dik, tak boleh mama nak feling-feeling. 

Sedara baru..hahaha
 
Peace yo! Qabil boleh terapung
 
Please follow my IG - Qabil Afro...jangan search plak. Qabil takde IG tau
 
Terkejut Adik...Ada kepala opah dalam toilet
 
Hebat betul Qabil ni dok asyik terapung je
Spiderman pun ada tau. Tu yang Qayyim pun nak panjat sama
 
Tahan....buku nak terbalikkkkk
 
Tadi terapung...ni jadi Spiderman pulak. Pak Lang pun gigih nak angkat Maryam
 
Mama...mama...nape kepala mama nih????
 
Mana separuh lagi badan Qabil??
 
Mari belayar bersama Qayyim
Ni rumah kecik. Nampak besau nau mama
 
Saja je bagi tangan ke dinasour tu ek??
 
Please follow my IG - Azniezura. Baru la betul
 
 Qabil - Tido la, adik...

 Nak basuh tangan pun payah rupanya

 Cool giler anak bujang ni pose
 
 Adik peluk kaki mama sebab takut

 Hai abang badut

 Qayyim - best kalau dapat gitar ni

 Pose gedik 2 beradik

 Hebat...duduk kat dinding kita

 Panjat dinding lagi ke nak oiiii???

 Adoi....patah kerusi...

 Takuttttttt...Maryam dok jerit

 Sampai ke syiling ko panjat nak oiiii....

Seksanya nak ambil air...

Moralnya...ambil gambar di semua stesen untuk pastikan tiket korang berbaloi. Lepas dah ambil gambar, pandai-pandai la rotatekan gambar tu je...

Lain kali kita pegi holiday sama-sama lagi. Walaupun masa singkat, tapi percutian tak dirancang ni rasa berbaloi dan mama pun gembira.

 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~