~ Janji ditepati .....Legoland....kami datang ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Macamana dengan cuti sekolah yang baru berlalu? Mesti masing-masing ada rancangan tersendiri bersama keluarha tersayang.

Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu pada bulan Mac lalu, kami sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Legoland. Setahun mama kumpul duit nak ke Legoland ni sempena perjanjian dengan Qabil sempena peperiksaan akhir tahun lepas. Mama cakap, kalau Qabil dapat no 1 dalam exam akhir tahun dan semua subjek dapat A, mama akan bawa pergi ke Legoland. Ni semua gara-gara selalunya keputusan peperiksaan akhir tahun yang selalunya menurun. Alhamdulillah, Qabil berjaya. Jadi mama perlu menunaikan janji supaya Qabil lebih bersemangat dan berusaha lebih keras.

Perangcangan awal nak pergi bulan 1. Tapi tengok promosi dan harga hotel, ditangguhkan. Bulan 2 pun mahal juga sebab cuti Tahun Baru Cina. Maka, lepas cuti Tahun Baru Cina, mama nekad booking hotel dan tiket awal untuk cuti sekolah di sana. Hahaha...nasib baik mama booking awal. Dapat la harga yang tak la dikatakan murah. Tapi berbaloi la. 

Kami menginap di sana selama 2 malam. Promosi untuk bulan Mac 2018, penggunjung hotel Legoland yang menginap 2 malam di Legoland dapat menikmati harga tiket Taman Tema dan Taman Air untuk 2 hari pada harga 1 hari. Dah jimat dekat situ. Lepas tu harga bilik termasuk sarapan tau. Sarapan untuk 5 orang. Boleh pilih nak 3 dewasa 2 kanak-kanak atau 2 dewasa, 3 kanak-kanak. So rajin-rajin semak promosi di web Legoland. Kalau nak lebih jimat boleh menyewa hotel di luar. Tapi sebabkan fikir kami bukan nak pergi Legoland setiap tahun, maka melaburlah sedikit untuk tidur di hotel Legoland. Percayalah, tak menyesal tau. Dah buat booking online, nanti cetak je pengesahan booking tu untuk dibawa semasa cek-in.

Kami bertolak dari rumah, jam 11 pagi. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam menjadi 6 jam. Ini kerana kami berhenti makan di R&R Yong Peng sebab Qayyim membuang. Lepas tu jem pula di Melaka highway sebab kontraktor buat jalan. Nasib baik mama dah bagi Qabil dengan Qayyim ubat muntah. Jadi mereka berdua tidur separuh perjalanan. Mama paling risau Qayyim sebab dia tak reti duduk diam dalam kereta. Kalau dok asyik bangun duduk, bangun duduk, nanti dia akan muntah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Dalam pukul 5 kami sampai di Legoland. 

Masa cek in, dah tak de orang. Mungkin sebab kami dah lambat dan bukan hari Jumaat atau Sabtu. Tapi dekat lobi tu ramai je budak-budak dok main. Sementara mama cek-in, Qabil dan Qayyim sempat la main sekejap.
Basikal ni boleh bergerak tau. Di bergerak ke depan dan mengundur. Basikal ni dekat belakang reception.
Sempat lagi lawan naga sementara mama nak cek-in tu
Gambar ni diperbuat dari lego tau. Gigih betul la depa ni

 Ok, kunci dah dapat, so boleh masuk bilik.

Mama pilih bilik tema Adventure. Bilik kami di tingkat 2. Masuk dalam lif, happening sebab bila kita masuk je, lampu lif macam lampu disko dan lagu dimainkan. Suka la budak-budak menari.

Ni dalam lif. Happening betul. Pening pun ada. Hahaha

Ni floor yang kami duduk tema Advanture. Rupa karpet dia dah macam pasir dengan labah-labah la.

Siap lampu macam obor lagi dekat pintu bilik

Jom masuk bilik

Ni la bilik kami. Ni bahagian untuk mama dengan abah. Masuk-masuk, atas katil dialukan dengan nota dari staff yang mengemas bilik.

Haaa...tengok. Rasa dialu-alukan sangat kedatangan kita.

Bahagian anak-anak. 

Ni pula bahagian anak-anak. Katil tingkat. Bawah katil tu ada tilam yang boleh ditarik. Orang panggil 'bunk bed'. So sesiapa yang ada anak 4 orang, 3 besar, sorang baby pun still boleh muat. Baby tidur dekat katil bahagian ibu bapa la kan.

Bahagian ibu bapa dengan anak di ada pintu yang boleh ditutup untuk privasi kan. Kot la nak tunggu anak tidur nak bermanja-manja. Setiap bahagian ada tv sendiri. So tak ada la nak berebut.


Kelengkapan bilik lengkap dengan peti ais mini, pengering rambut, toileteries, selipar untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, jubah mandi pun sama.
 Kelengkapan nak buat air. Senang nak buat susu Qayyim dan nak ganti air termos. Ada biskut sepeket. Biskut dia sedap. Qayyim makan sorang. So sebelum balik pergi beli lagi 10 paket. Harga asal biskut sepeket RM 8. Tapi, ada promosi, mama beli 10 paket RM 50. 

Sedap tau biskut dia. Dalam biskut ada filling coklat. Tu yang Qayyim suka. Melilau cari nak beli, rupanya dia jual dekat pintu nak masuk ke Brick Restaurant. Hari nak balik baru perasan.

 Bilik air dia cantik. Tapi tak de la tab mandi. Singki ada 2 iaitu singki untuk dewasa dan singki untuk kanak-kanak siap dengan toileteries. Memang suka la Qayyim main air dengan alasan nak basuh tangan. 

Ni singki dewasa. Paling best sebab di bagi tuala punya la banyak. Dekat atas rak atas toilet bowl pun ada lagi tuala. Dekat tepi tu sabun basuh tangan. 


Ni singki untuk anak-anak ye.

Dalam setiap bilik, ada peti harta karun. Kena selesaikan soalan untuk buka peti tu sebab nombor tu akan dijadikan kunci untuk buka peti tu.
Ni peti dia. Ada monyet dari lego duduk atas dok jaga peti ni.

Gigih Qabil dok cari jawapan. Jawapan dan betul, tapi cara buka salah. So mama ni lebih bijak, so mama yang dapat buka. Hahaha....

Atas tu kertas soalan dia. Bawah tu hadiah dia. 2 paket lego. 

Dalam setiap bilik juga disediakan sekotak lego untuk anak-anak main. Boleh main dalam bilik je tau. Tak boleh bawa balik, nanti kena caj.

Muka budak yang kata di ninjago

Owh....promosi untuk bulan Mac masa kami pergi, dapat rebat voucher RM 120/hari. So voucher ni boleh digunakan di kedai di dalam hotel dan di restoran dia. Jadi kami pun shopping lego la dengan voucher tu.

Ni voucher untuk 2 hari. Kita shopping....

So hari pertama memang kami tak masuk taman Legoland sebab dah sampai lambat. Tiket kami gunakan untuk hari Khamis dan Jumaat sebelum balik.

Sarapan di hotel memang sedap dan banyak pilihan. Sapa yang memang sarapan banyak dan anak-anak jenis suka makan memang berbaloi. Ada makanan berat, ada makanan western, ada ala cina pun ada, buah-buahan, dessert. Memang lengkap dan sesuai untuk kanak-kanak.

Pelbagai roti untuk yang tak makan berat

Ni pula bahagian salad

Pelbagai jenis cheese dan dresing untuk salad

Ni pastri. Hari pertama ada donut, tak sempat nak ambil. Hari kedua ada cuppies

Ni cuppies, sarapan hari kedua. Banana cuppies, coklat cuppies dia sedap sangat. Lepas tu ada biskut coklat chip.

Ada pau

Ada yogurt

Tengok la budak ni duduk. Gangster betul. Makan pisang je. Rugi betul mama bayar mahal-mahal
Ni time perut dah kenyang. Perut kenyang, hati pun senang

Lego Chef tengah memangcing ikan nak masak di dalam Brick Restaurant

Lepas makan anak-anak mesti tak nak terus naik bilik walaupun dah cakap nak masuk taman Lego. Kena la pulak lepak jap dekat loni untuk depa main dulu sebelum naik bilik dan mandi. Taman Tema dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad hingga Khamis dan 10 pagi hingga 7 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Ada 2 tempat main di lobi. 1 tempat soft brick yang besar-besar legonya saiz macam bata tu untuk budak-budak kecik. Dah anak mama ni dua-dua eksyen, mana nak main dekat tempat budak kecik. mesti nak main dekat tempat lego yang kecik-kecik. Tapi kelakarnya, semua budak-budak tak kira la lelaki atau perempuan mesti buat pedang. Mesti sebab ada istana dengan kapal lanun dekat tempat main tu.

Ni la istana tu. Boleh masuk main dalam dia. 

Ni pula kapal lanun.

Lawan la dengan gergasi tu. tengok belantan dia besar. Semua ni dibuat dari lego tau

Patung besar ni dekat pintu masuk belakang. Pandai la pulak si kecik tu buat 'peace'

Ok la. Kita naik bilik mandi dulu. Nanti kita sambung cerita pengalaman di taman tema dengan taman air dia.














Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~