~ Semperit Klasik ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Masih lagi dalam mood raya kan. Raya kan sebulan. Ada yang dah start puasa sunat ke? Mana yang berdiet tu, boleh sambung berpuasa untuk maintainkan berat badan.

Sempena masih lagi dalam mood raya, kita upkan satu resepi biskut raya yang klasik iaitu Semperit Klasik yang menggunakan merjerin yang mak-mak kita guna dulu. Resepi ini adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang sangat terkenal dalam Facebook. Beliau sentiasa cuba mempelbagaokan resepi dan tidak lokek untuk berkongsi resepi tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Resepi ini memang sedap dan begitu gebu. Memang dah lama cari resepi semperit yang gebu macam ni sampaikan nak pegang pun kena berhati-hati.Suka sangat. Dah jatuh cinta dengan resepi semperit ni. Tahun depan boleh buat lagi. Tapi bercinta nak tekan bagi cantik. 1 adunan ni sampai 2 jam nak siapkannya gara-gara nak dapatkan bunga yang cantik. Tapi serius..memang berbaloi...digantikan kesedapan dan kenikmatan biskut ni.

Tada....inilah hasilnya...maklum la kan. Orang buat semperit setahun sekali je.

Jom kita tengok resepi Semperit ni.

Semperit Klasik
Resepi oleh : Azlina Ina

Bahan dan cara :-
250g butter atau 1 1/4 cawan marjerin **
1 cawan susu pekat (3/4 cawan kalau tak nak manis, tapi 1 cawan tu memang dah sedap & menaikkan rasanya) **
Sedikit esen vanila **
Sedikit pewarne kuning **
2 biji kuning telur
- Kacau sebati semua bahan bertanda ** . Jangan terlebih kacau, nanti biskut kembang setaman.
- Kemudian masukkan 2 biji kuning telur. Kacau lagi hingga sebati.

2 cawan tepung kastad **
1 1/2 cawan tepung jagung **
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras (ni saya tak letak sebab tepung beras akan jadikan biskut rangup. Saya nak versi yang gebu)
- Masukkan semua tepung yang bertanda **. Uli bagi sebati
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga rasa ngam untuk ditekan. Kalau rasa lembik, tambahkan tepung gandum. kalau rasa dah ok, tak perlu habiskan tepung. Kalau rasa terkeras, tambahkan butter/marjerin.

Dah selesai proses menguli. Boleh la mulakan proses menekan. Saya gunakan acuan semperit pecah 15. Cari je dekt kedai bakery. Lagi senang di zaman semuanya dihujung jari, tengok je dalam Facebook. Ada je yang menjualnya.

Dah siap bentukkan, boleh hiaskan ikut kegemaran anda. Saya gunakan coklat chip sebab yang tu yang ada dirumah. Ditambah dengan kemalasan nak potong ceri. Nak makan tapi malas. Tak suka sebab ceri tu melekit-lekit.

Dah siap, bakar suhu 175 darjah selama 30 minit (ini ikut oven masing-masing ye). Oven saya yang 100L tu jenama Hesstar. Nak tau dah masak ke belum, tolak sedikit biskut tu. Kalau dah tak melekat, maknanya dah masak. Boleh keluarkan dari oven dan sejukkan.

Dah sejuk tu, boleh simpan dalam bekas. kalau nak simpan dalam mulut pun boleh. Hahaha...
Senang je kan. 

 Kannn....senang je bahan dia. Sedappun sedap. Lepas ni boleh try.

Selamat hari raya...
 

Comments

Popular posts from this blog

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~