~ Rindu Mama ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat terutamanya di dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Selalunya sekarang ni sebelah petang hujan akan turun membasahi bumi.

Alhamdulillah, pada 13 September 2018 mama telah selamat kembali ke Malaysia dengan gelaran 'Hajjah'. Memang eksited sangat nak tunggu mama balik. 

Mulanya mama dijadualkan sampai pada pukul 5.30 petang masa pergi dulu. Kemudian, 4 hari sebelum tarikh bertolak meninggalkan Jeddah, masa ketibaan bertukar ke pukul 9. 25 malam. Tak pe la kan. 

Pukul 8.15 malam kami pergi ke KLIA untuk menjemput mama. Kami tu 3 orang je. Kita, Alang (adik lelaki sulung) dan Mak Ndak (kakak mama). Perjalanan dari rumah ke KLIA memakan masa lebih kurang 1 jam. 

Alhamdulillah kami sampai ke KLIA jam 9.15 malam. Mencari juga tempat jemaah akan keluar sebab sepupu bagi tau Pintu 2. Rupanya dah ditukar ke Pintu Ketibaan Penumpang Domestik. Sampai di situ, papan kenyataan Tabung Haji menyatakan pesawat dijangka tiba pada 10. 28 malam. Tak pe la kan. Cari tempat yang paling best untuk tengok mama keluar.



Tepat jam 11.51 malam, insan yang dinanti keluar dari balai ketibaan. 


Sebenarnya dari jam 11.00 kami dah nampak para jemaah dah tiba. Cuma urusan pengambilan bagasi sahaja yang belum selesai. Tak kisah la. Asalkan mama selamat tiba. 

Makin kurus mama. Lepas ni kena makan banyak-banyak

Seronoknya dapat melihat mama di depan mata setelah 45 hari berjauhan. Alhamdulillah mama kembali dalam keadaan sihat.

Rindu mama

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Moh le kita balik Ampang dulu. Esok pagi-pagi nak balik Sungkai sebab sebelah malamnya ada kenduri doa selamat sempena kepulangan mama dan Tahlil untuk Abah.

Rindu pun terubat....


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~