~ Aidil Fitri 2021, Kita Jaga Kita ~


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aznie harap kita semua dalam keadaan sihat. 

 Tahun ni tahun kedua kita semua meraikan Aidil Fitri di dalam keadaan dikelilingi wabak pandemik Covid 19. Jahat betul virus ni kan. Tak dapat kita semua maraikan Aidil Fitri kali ini sekali lagi bersama Ibu Bapa, Adik Beradik, Anak-Anak Saudara, Jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan.  

Tapi rasanya tahun 2021 ni lagi teruk kan sebab kita semua di larang dari amalan berziarah walaupun jiran sebelah rumah demi menjaga keselamatan kita dan keluarga kita. Jadi kita duduk rumah, makan dan layan rancangan tv. 

Makanya tahun ni, macam tahun lepas, Aznie meraikan Aidil Fitri bersama keluarga kecil Aznie. Aznie dikelilingi 3 hero pujaan dan kesayangan. Walaupun 3, rumah tetap tak sunyi dengan kerenah si kecik yang dah tak kecil. Tanpa dia, rumah akan sunyi. Ada je kerenah dia yang buat mama dan abah panas je. tengok la gambar raya pun. Rasanya ni la kot yang terbaik. ok la, ada la kenangan kan. 

Juadah raya pun ala kadar saja. Lagipun, tak raya pun memang Aznie selalu buat rendang. Cadang nak cari ayam pencen. Tapi tak dapat juga. Dah 2 tahun cari ayam pencen nak buat rendang untuk juadah raya. Tapi tak jumpa. Agaknya ayam tu tak mau Aznie sedih kot sebab rendang ayam pencen memang juadah yang selalunya ada bila raya di rumah mama. Pagi raya pun Aznir tak call mama sebab Aznie tau Aznie akan menangis rindukan mama. Aznie pun tak mau mama sedih sedih sebab beberapa hari sebelum raya mama ada wassap cakap tak best raya sebab dia tak geng nak bising dekat dapur. So Aznie wassap je mama di pagi raya untuk ucap Selamat hari Raya dan memohon kemaafan. (masa taip ni pun dah berair mata) . Cepat la wabak ni berlalu. Aznie nak balik jumpa mama.

Ok la. Tak mau sedih-sedih. Kita layan gambar raya keluarga kecik Aznie.


Walaupun horror, rasa gambar ni paling sweet

Dah gambar semua, kena la ada gambar dengan hero-hero kesayangan mama kan. 

Ni hero yang paling disayang la (payah betul nak ambik gambar dengan dia. Ada je memek muka yang di buat. Raya Posa setahun sekali je bang oiiiiii)
 

Mama dan Qabillah. Besaq dah Qabillah. Dah jadi anak teruna dah dia.
 
Hero bongsu mama, Qayyim. Bongsu la kot setakat ni. Hero yang selalu buat mama naik angin dengan kerenah dia.
 
Menu Aznie pulak, macam biasa la. Hero Aznie ni jenis makan nasi. Jadi kita masak nasi je la senang. All day menu omputeh kata. 
 
Lamb Kabsah. Asyik Mandy je kan. Kita bagi 'basah' pulak

 
Ayam Bakar by Cik Abang. Bakar dalam kuali je pun lawa. Ayam ni wajib la sebagai lauk. 
 
Ni Salsa versi senang. Nak buat Tabuleh macam Arab tu, parseli takde. Takkan dak taboq ketumbar kot. jadi la Takboleh versi melayu. yela kan, dah letak cili padi tu. Arab takdenya nak campak cili padi oiiii
 
Cookies dan kerepek. Cookies tu lebih dari yang orang order je. Malas nak buat lain. Orang kat rumah ni bukan makan pun. Eksyen je lebih sbeba nak rasa suasana raya kan. Kena la letak dalam balang kuih raya walaupun takde yang makan. nanti kita bawak pergi ofis je untuk habiskan. Kerepek...semestinya beli je. Maleh nak buat. 

 
Kalau dah nama Aznie, mesti ada dessert kan. Kan owner Sweetie Aznie. Mesti la ada kek. Memang dah lama nak buat kek ni. Dok terbayang-bayang je. Akhirnya tercapai jugak hajat nak buat dan semestinya sedap. Si kecik tu pun sekali hadap 2 potong. Mama dia lagi la kan. Dah suka dessert kan.
 
Victoria Sandwich Cake by Sweetie Aznie. Kombinasi kek yang lembut, kurang manis, jem strawberry sugar free dengan swiss meringu buttercream memang gabungan yang sepadan. Nanti bila boleh rentas daerah, kena buat untuk mama sebab mama suka kek yang ada buah.
 
Tu je la sambutan Aidil Fitri 2021 dari keluarga kecil Aznie. mari kita sama mendoakan semoga pandemik ini segera berlalu pergi agar kita semua dapat berkumpul dengan ahli keluarga kita yang lain.
 
Miss all of you so much.
 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
 
 



 








Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~