~ Pengerang 2023 - Working Trip ~



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Rindu kepada nak menulis tapi masa selalu tak mengizinkan. Terlalu banyak komitment yang perlu ditunaikan. Harap kita semua sihat hendaknya.

   Pengerang....

Tahun ni dah 2 kali kita ke sana untuk kerja. Kali ni sebab nak kena attend meeting dengan client. Dapat la masuk dalam kawasan petronas. Tapi tak boleh ambil gambar ye. Bahaya tau.

Musafir kali ni kita bermalam di Lotus Seaview Beach Resort, Pengerang. Resort ni nampak sunyi je. Yela kami 'check in' pukul 6 petang. Memang la sunyi. Mungkin orang lain tengah menghabiskan masa di pantai kami baru nak masuk. 

    Papan tanda depan resort (masa ni dah nak balik. Cantik langit hari tu)

  

                                
 Hari nak balik baru berpeluang ke pantai sebab hari kedua awal-awal pagi dah kena keluar sebab meeting pukul 9. Jadi memang tak berpeluang nak sarapan dan tengok pantai.
 
Pemandangan resort dari pantai. Resort yang mengadap pantai ni macam jenis villa je. Tak sempat nak jalan-jalan.


Bilik kami Standard King. Tu pun tu yang kosong sebab kami pun 'last' minit baru tau kena pagi meeting. Tak kisah la sebab kami nak tidur je. Selesai 'check in', kami masuk bilik, solat keluar balik. Pukul 11.30 malam baru balik ke resort. Memang nak tidur je. Luar bilik tak ada pemandangan sebab mengadap bangunan bilik lain. Tapi tak kisah sebab tak sempat nak 'view' bagai.

Bilik selesa, katil nak bergolek pun boleh. Katil saiz King. Bilik lengkap dengan peralatan biasa macam TV, kettle, safe box, peti sejuk mini,tambahan ada mikrowave lagi. Tapi......yang paling penting....seterika siap ada dalam bilik (yang ni penting sebab perempuan kan...). Jadi peralatan asas lengkap dan selesa. Tambahan dengan kipas berdiri lagi. Mungkin ada yang rasa tak cukup sejuk kot. Tapi disebabkan cuaca masa kami berada di sini pagi dan malam hujan, jadi kipas tak diperlukan.

Bawah ni gambar pemandangan dalam bilik.


Hari pertama tak sempat nak sarapan sebab pukul 8 dah nak kena beratur untuk dapatkan pas masuk. Kita buat air, makan roti je dalam bilik sebelum keluar. Hari kedua baru sempat sarapan. Sarapan dia....best. Ada macam-macam pilihan. Tapi tong kecik kan. Jadi yang di bawah ni yang masuk perut. Dessert dengan buah tak ambil gambar pulak rupanya. Sarapan dia memang banyak pilihan. Lain kali datang Pengerang, kalau nak banyak pilihan sarapan, boleh stay di sini. Ada nasi lemak, ayam goreng salut tepung, mihun goreng, nasi goreng, roti canai, cucur udang pun ada tau....sosej, roti, bubur nasi, cereal, salad,kuih muih, sandwich relur, kek dan buah. Air pula ada pilihan kopi, teh tarik dan oren jus. Air kosong tu biasa la kan. Makan sambil menikmati pemandangan laut. Memang mengasyikkan. 


Makanan yang muat masuk perut. Biasala pagi-pagi bukan kita makan banyak sangat.


Dah lepas makan, tentu la laut memanggil. Mesti pergi jugak sekejap basahkan kaki dengan air laut. Rasa aman dan tenang. Pantainya bersih sangat. memang sesuai untuk bercuti kalau nak tetangkan fikiran ke, nak cari ilham ke.

  Laut yang cantik dan mendamaikan


Acah-acah 'healing' sambil 'me time'
 
Secara keseluruhan resort ni ok. Kalau setakat macam kami sekadar nak tidur je memang ok sangat dan selesa. Insya'Allah lain kali boleh menjadi pilihan sebab utamanya makanan dan laut dia yang bersih.


Selamat tinggal Johor. Kemabli ke Kuala Lumpur untuk menjalani rutin yang biasa.



Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~