~ Salam Aidil Fitri 2020 ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua. Semkga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Stay safe & stay health. Kita masih dalam fasa PKPB Covid 19. Jadi mari kita sama-sama melawan pandemik ini. Kita boleh, kita pasti menang.

Tahun ni buat pertama kalinya kami beraya di rumah sendiri setelah 13 tahun perkahwinan. Waaaa... Bertungkus lumus mengemas rumah. Buat la persiapan serba sedikit sebab sepanjang perkahwinan tak pernah tukar sarung sofa, lapik meja semua. Nasib la zaman ada duit, semua dihujung jari. Pilih-pilih, bayar, zassss barang sampai rumah. Alhamdulillah.

Persiapan kami sekeluarga sederhana sahaja. Banyak buat persiapan mengemas rumah sebab rumah kami jadi port. Maklum la kami kan suami isteri tukang masak. Jadi kena la lebihkan kemas rumah sebab nak jemput adik beradik suami datang. 3 orang je pun. Tapi takkan nak biar rumah berselerak kan. Tukang kemas rumah, suami la. Dia memang rajin mengemas.

Baju raya pula hanya belikan utk Qabil dan Qayyim je baju melayu. Yela, boleh raya sehari je kan. Nasib baik ada kedai online yang jual set baju bapa dan anak. Jangan yerkejut yeeee. Qabil dah boleh pakai baju saiz S untuk bapa. Qayyim pula pakai baju saiz budak 8 tahun. Yee..... Anak-teruna saya saiznya besar. Suami pula ada baju kakak ipar belikan tak pakai lagi. Mama pulak, punggah almari cari baju yang boleh masuk dengan baju mereka.

 Keluarga kecil kami. Mama diapit oleh hero-hero. Ni kali kedua tengok suami pakai baju melayu lengkap dengan sampin. Kali pertama, masa nikah 😜😜

Mesti la kena ada gambar dengan hero abadi kan 😍😍

Hensem bergaya anak teruna. Tak sangka mama dah ada anak bujang. Tapi Qabil sentiasa anak yang akan mama beri perhatian 

Hero mat salleh mama. Penyeri keluarga, Qayyim. Kalau tak ada dia, pasti sunyi rumah sdbab dia je yang boleh buat darah ssmua orang mendidih dengan perangai dia

Alhamdulillah, dah seminggu berlalu Syawal 2020. Semoga kita semua bertemu lagi. Nanti kita cerita menu raya dan biskut dari Sweetie Aznie untuk Syawal 2020.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. 
Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. 

Comments

sailoryannotti said…
Blackjack Archives - JTM Hub
Blackjack Archives. Blackjack 평택 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ - blackjack 순천 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ - blackjack - blackjack - 제주 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ blackjack - blackjack - blackjack - μ œμ£Όλ„ 좜μž₯샡 blackjack ꡰ포 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ - blackjack - blackjack - blackjack - blackjack -

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~