~ Red Velvet Cookies ~

Assalamualaikum. Salam permulaan minggu baru.

Hari tu sepertimana yang dijanjikan, kite nak dedahkan biskut apa yang rentung akibat kelalaian kan? 

Tadaaaaa....

Red Velvet Cookies

Biskut atas ni la yang rentung 1 tray tu...nasib baik ada lebihan. So dapat la merasa. Sedap ya amat...so crunchy. Di tambah pula dgn walnut & white chip. Resepi asal adalah resepi Famous Amos Choc Chip Cookies. Diubahsuai sbb saja gatal tgn. Disebabkan white chip digunakan dlm biskut ni, kandungan gula dikurangkan sebab white chip ni manis.

Jadi, jom kita intai resepi dia

Red Velvet Cookies
Olahan dari Famous Amous Cookies

Bahan-bahan :-
1 cwn gula perang
1 cwn butter
1 cwn minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar/susu cair (kalau xde, air masak pn boleh)
4 cawan tepung gandum (jangan pandai2 nak lebihkan sebab adunan memang agak lembik)
Secubit garam
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang (nak letak lebih pun boleh, sesedap tekak. Saya tak sukat pun, main tuang je)
1 1/2 cawan white chips (nak manis letak lebih)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pewarna merah cecair
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :-
1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu ,esen vanila & pewarna merah hingga sebati. Guna wisk je.
2. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, garam, soda bikarbonat, cream of tartar ke dalam adunan yang dipukul tadi.
3. Masukkan walnut & white chips. Kacau semuanya hingga sebati.
4. Adunan ni memang agak lembik. (Jangan gatal tangan nak tambah tepung. Nanti buat baling ke dinding je biskut tu)
5. Sudukan adunan ke dalam loyang . Jarakkan kedudukan dia sebab cookies ni akan mengembang.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 175 darjah selama 20 menet / keperangan.
7. Sejukkan & simpan dalam bekas kedap udara.

** Biskut ini struktur dia crunchy...jangan nak harap biskut ni gebu. Harap maklum

Try buat..serius sedap. Kalau nak macam biskut Famous Amos, tak payah letak pewarna merah & serbuk koko & tukar white chips kepada choclat chips. Kalau nak Famous Amous perisa coklat, boleh tambah serbuk koko dalam 3 sudu besar. Lepas rasa biskut buat seniri, confirm tak mau beli dah biskut Famous amos sebab rasa yang buat seniri lagi sedap....betul...tak tipu..

 Selamat mencuba
 





Comments

Popular posts from this blog

~ Kek Kukus Horlicks ~

~ Indah Morib Homestay ~

~Kek Kukus Susu Berkeju~