~ Hasil Setahun ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rindu dekat blog ni. Terperam dah 2 bulan. Sekejap je dah nak sampai hujung tahun. Anak-anak pun dah nak start cuti sekolah kan.

Bila sebut nak cuti sekolah, mesti kena tempuh exam akhir tahun kan. Lepas tu result...anak lelaki ni diaorg bukan kisah sangat pasal result ni. Selalunya ibu bapa la yang lebih. Macam kami. Mama set target Qabil dapat no 1. Abah pulak...hampeh. katanya tak boleh. Silap-silap impian nak tengok Qabil naik pentas ambil hadiah pun bakal berkubur 😥😥😥.

Sekarang ni hari- hari dok tengok web Kementerian Pendidikan sebab result exam sekolah kerajaan kan boleh tengok online. 

Meh tengok la result anak Boboyot mama ni.

Tak dapat no 1. Still no 2. Peratusan naik sikit. Tapi...bm penulisan...walaupun still A, tapi bawah 90. 

Setelah dapat result ni, kesimpulannya kena banyak buat latihan karangan dan buat ayat 😖😖😖.

Tahun depan kena usaha lebih sebab dah naik tahap 2. Alhamdulillah...Qabil still di kelas pertama. 

Semoga Qabil lebih berjaya supaya menjadi contoh untuk adik-adik Qabil yang lain.
Qabil kebanggan mama dan abah.


Comments

Popular posts from this blog

~ Kek Kukus Horlicks ~

~ Indah Morib Homestay ~

~Wadai Kepeng Citrawarna Berdurian~