~ 3 Tahun Umurmu..... ~

Assalamualaikum. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Saya dah 2 minggu batuk berkahak. Dalm berbotol ubat telan. Batuk sampai urat terseliuh..sakitnya la dada dan belakang ni. Sekarang tengah cuba minum lemon dengan madu. Dah 2 hari cuba. Nampak macam serasi je. Harap menjadi la. Tak larat dah batuk lama-lama. Perit rasanya. 

SAKIT ITU PEMBASUH DOSA

Alhamdulillah pada 19 Disember 2017, anak kedua mama masuk ke usia 3 tahun. Lagi 10 hari adik dah nak masuk sekolah 4 tahun. Tak pe la. Adik hebat.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 3 buat QAYYIM. Semoga adik menjadi anak yang terbaik buat keluarga kita. Adik dah besar kan. 

Tahun ni mama buatkan kek coklat lagi untuk adik sambut birthday dengan kawan-kawan di nurseri. Lepas ni adik dah pindah nurseri yang ada sekolah. Mama buat kek coklat yang simple je. Cadang nak buat kek susu, tapi abah cakap budak-budak lebih suka kek coklat. Jadi...menunya kek coklat. Abah pula buatkan spegeti goreng sebab adik suka makan mi, bihun, spegeti dan seumpamanya.

Dekorasi kek coklat tahun ni. Biasa la kalau untuk budak-budak, mesti kena ceria dan bercoklat

Gambar yang teacher kirim dekat mama. Apa la yang adik cakap dengan kawan-kawan tu. 

Selamat ulang tahun kelahiranmu, Anak.

Mama sayang adik.

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~