~ Selamat Ulang Tahun & Al Fatihah.....Abah.... ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Hehehe...ada ke pembaca? tak pe la. Sekadar nukilan aktiviti diri ini. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat.

6 Januari dilalui setiap tahun dilalui dengan ucapan 
"Happy birthday, ABAH. Semoga abah kembali sihat & bertenaga"sejak tahun 2007 hingga 2017. Selama 10 tahun kalimat itu sentiasa diucapkan. 

Tapi...tahun 2018....ucapan itu diiringi dengan bacaan yasin dan ucapan
"Selamat Ulang tahun kelahiran Abah. Semoga abah damai di sana & ditempatkan bersama insan yang beriman


Tiada lagi sambutan, tiada lagi soalan abah nak makan pe hari ni. Hanya sepi yang menemani.

Damailah abah di sana. Sesungguhnya kasih sayang Mama, Yong, adik-adik, menantu-menantu dan cucu-cucu sentiasa bersama abah.

Gambar terakhir abah di Hospital Slim di mana abah menghembuskan nafas yang terakhir. Gambar di ambil pada 11 Mac 2017. Abah meniggalkan kami kerana komplikasi jantung.
 
Al Fatihah buatmu dan selamat ulang tahun
...........................
 
ABAH
 


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~