~ Mi Udang Pak Ya ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga kita semua diberkati dan beroleh kesejahteraan yang berganda di tahun ini.

Cuti sekolah dah habiskan. Mesti tak sabar nak plan untuk percutian seterusnya. Kalau dah namanya cuti, mood nak makan pun berganda. Habis semua diet yang diusahakan selama 11 bulan. Hahaha...konon sangat.

Ok, sesi memenuhkan perut selepas balik dari Teluk Kemang diteruskan ke Pak Ya Bistro & Catering yang terletak di Ulu Slim, Slim River, Perak. Alah....google je. Lepas tu, waze pulak untuk tau arah ke sana. Senang je. Pak Ya Bistro & Catering ni pun ada Facebook tau. Cari je. 

Gambar dari FB Pak Ya Bistro & Catering

Kami ke sini disebabkan oleh......mama la. Dok bercerita sedap mi udang di sini, udang fresh, adik suka makan udang galah goreng. Mama ni jenis cerewet, kalau dia kata sedap, maknanya sedap.

Maka kami pun bertolak la dari rumah mama ke Slim River. Gaya macam la jauh sangat dari Sungkai ke Slim River tu. 

Makanan lain biasa macam kedai lain. Kami order Mi Udang Galah, Udang Galah Goreng, Baby Crab Goreng. Sotong celup tepung je tak try. Lain kali pulak. Harga biasa la kan. Mi Udang galah sepinggang RM 18.50 ada 4 ekor udang galah. Udang galah goreng 1 pinggan 4 ekor RM 15.50. Baby crab goreng 1 mangkuk RM 10.50. 

Mi udang galah. Kalau pedas sikit lagi best. Tekak orang Perak memang la nak pedas. Tapi kalau pedas sangat, hilang rasa manis udang tu

Udang galah goreng. Ni order 2 pinggan sebab adik bongsu hantu udang

Baby crab goreng. Kunyah je sekali dengan kulit. Best makan dengan mi udang untuk effect crunchy

Secara keseluruhan, makanan sedap. Lain kali mama cakap nak ajak pegi Kuala Sepetang pulak bila balik Bagan Serai cuba makan mi udang kat sana. Mama dah pernah pergi banyak kali dengan Arwah Abah dan adik-adik lain. Kami je yang tak pernah pergi lagi. Almaklum la, kami di kawasan selatan. Lain-lain kawasan utara. Inaya'Allah mama, nanti kita pergi ye.

Sapa yang suka mi udang, boleh try pergi. Tapi tak tau la apa komen korang sebab citarasa kita tak sama.

Adios...


Comments

Elita said…
Pakya Catering terletak di Kuala Slim, Slim River. Bukan Ulu Slim, Slim River. Jauh tu. Terima kasih

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~