~ Fruit Pastry Cake Yang Viral ~


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke kawan-kawan semua? Masih dalam mood tahun baru ke?

Alhamdulillah, kita dah masuk ke tahun 2019. Dekat dah nak ke tahun 2020. Dulu masa zaman sekolah kita bayangkan zaman 2020 tu ada kereta terbang. Hahaha....ni tak ada kereta terbang. Tapi kereta bertebaran di atas kepala. Fly over kan banyak. Yang masih dalam pembinan pun ada.

Ok, tahun baru ni saya sambut dengan kek yang pernah viral. Orang lain dah jemu dah. Kita baru nak try. Sebanarnya saya ni tak makan strawberi sebab tak tahan bau dia yang tersangat wangi. Bau dia pun dah rasa pening. Tapi masa pergi Tesco baru-baru ni, ada la Tesco jual Bueberry dengan Strawbery yang clearance stok. Buah cantik tapi sebab ada 2 kotak je jenama tu, tu yang Tesco nak clearkan kot. So sambar la dua-dua kotak Blueberry dan Strawberry. Kalau ikut harga biasa, memang fengsan la. Tau la kan biasa harga dia paling murah pun RM 9 sekotak cenonit tu. Lepas tu ada la Italian Sweet Kiwi pun murah. So beli sekotak. Tak pernak beli Italian Sweet Kiwi ni. Selalunya beli jenama Zespri je sebab yang tu yang manis. Tapi sebab fikir nak buat kek, so tak nak la buah yang manis sangat.

Balik rumah dengan perasaan berkobar-kobar kita buat la kek ni sementara cuti kan. Kita guna resepi 1 bowl Fruit Pastry Cake dari Adik Danish's Red Kitchen. Adik ni glamer tau sebab pandai memasak dan banyak buat kerja amal.

Dalam resepi ni adik Danish selalunya gunakan Buttermilk. Tapi kita malas. Nak makan pun malas. Apa daaaa...jadi kita gunakan yougurt sebab cik abang ada beli yougurt konon dia nak letak dalam kari. Hahaha...sayang guna dulu ye...nanti sayang ganti balik. 1 adunan kek ni kita guna 1 kotak Blueberry, 1 kotak Strawberry dan 2 biji Kiwi. Masa potong Sweet Italian Kiwi tu, rasa la buah dia. Nak tau la tahap sweet dia tu. Ya Allah....macam ni punya masam dia kata seweet. Terpeleot ke apa lidah depa. Lepas tu buah dia agak keras, tak macam jenama Zespri. So rasanya sesuai la nak buat kek sebab nanti bakar tak de la benyek pulak.

Menarikkan....buah-buah di tu menggoda

Alhamdulillah, buat kek ni senang sangat. Cuma lece sebab kena timbang je. Hadoi la manusia. Nak makan sedap tapi smeua nak senang je. 

Potongan pertama, wah...sedap. Tak kuat rasa strawberry dia. Bagus ni. Kek dia pun kurang manis. Bagi cik abang rasa, dia pun kata sedap, tak manis.Cik abang kita ni pengkritik yang cerewet. Kalau dia kata sedap...ok...maknanya memang ok. Kalau dia ada komplen manis la....jawapannya lain kali kena kurangkan manis. 

Kita dah cuba, jadi kita kongsikan resepi yang Adik Danish ni bagi dekat Instagram dia. Adik ni gebusssss... 


1 BOWL FRUIT PASTRY CAKE
#ResipiDanishHarraz - Danish's Red Kitchen

 BAHAN-BAHANNYA:-
.
226 grams Tepung Naik Sendiri
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk @ Sour Cream @ Yogurt (Danish guna homemade Buttermilk. Caranya dibawah resepi ini)-kita guna yougurt
1 sudu teh Vanilla Extract
Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon parut kulit yg kuning sahaja) - tak letak
500 grams buah fresh yang kurang berair atau jika guna yg dalam tin keringkan buah sebelum digunakan, dihiris dan gaul dgn 2 sudubesar Gula Kastor.
.
CARA PENYEDIAANNYA:-
.
Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9" dengan butter, dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil cake akan jadi tebal, tak cantik😊
.
Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla. Kaup balik menggunakan senduk kayu hingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti cake tak moist. Kemudian tuangkan kedalam baking tray. Ratakan permukaan adunan cake
.
Akhir sekali ambil buah yg telah dipotong, gaul bersama gula halus, susun semua buah tadi atas adunan, jangan ditekan nanti senang tenggelam. Dah siap, bakar dalam oven selama 40-50 minit, bergantung pada oven, hingga cake masak tapi jangan overbake. Sejukkan diatas cooling rak. Sprinkle dgn gula icing(optional)
NOTA: 1 Bowl Fruit Pastry Cake ini lebih sedap selepas semalaman. Untuk menyimpan, simpan dlm bekas kedap udara dgn suhu bilik. Kerana cake ini mengandungi buah-buahan, ianya akan bertahan selama 2-3 hari.
.
(HOMEMADE BUTTERMILK: 1 sudubesar lemon jus dituang dlm measuring cup. Tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100ml, kacau rata. Biarkan 5-10 minit sebelum digunakan)

Senang je kan resepi dia. Jadi...selamat mencuba....

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~