~ Indah Morib Homestay ~

Assalamualaikum

Kali ni saya nak review tentang homestay yang kami duduk minggu lepas.
Hari Sabtu lepas, kami berangkat ke Banting, Morib bersama Mama, Mak Ndak (kakak mama), Alang satu keluarga dan anak-anak Nyah iaitu Maya dan Muqri.

Plan kami adalah untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak adik Arwah Mak Tam iaitu Pak Anjang Di. Huhuhu..disebabkan semuanya dok betolak-tolak, semua hotel tak de kosong. Maka, bertawakal lah kami main terjah je.

Pusing punya pusing masing-masing dah kepenatan. Anak-anak pun dah bising sebab lama sangat dalam kereta. Maka, Shira (isteri Alang) pun Google la. Terjumpa la web ni :-

www.homestaymorib.com

Web ni adalah kepunyaan Indah Morib Homestay. Dengan penuh aharapan, kami pun call la. Alang call tak berangkat. So...saya pun dengan semangat try call. Wallaaaa...sekali call terus dapat. Kebetulan masih ada apartment 2 bilik yang kosong tapi di tingkat atas. So, terus book dan minta arah untuk ke situ.

Alhamdulillah....apartment tersebut masih kosong. Kedatangan kami disambut oleh Cik Fatta.. sebelum tu...naik tengok apartment tu. Masuk-masuk je terus jatuh hati...so cakap dengan mama, kita duduk sini la. Selesa sangat dan sangat luas untuk kita semua. Lagi pun kami dah stand by 2 helai toto. Almaklum la kan....kami ramai. 6 dewasa, 4 kanak-kanak.

Setelah berpuas hati, pembayaran dan pendaftaran di lakukan. Harga untuk 2 hari 1 malam adalah RM 300. Memang berbaloi untuk apartment 2 bilik yang besar. Ada 2 bilik air. 1 dalam bilik utama, 1 dekat sebelah bilik kedua di depan ruang tamu. Apartment ini menempatkan 4 rumah dalam 1 bangunan. Semuanya sama spesis, apartment 2 bilik.


Alas kaki yang mengalu-alukan kedatangan tetamu

Bilik utama, katil Queen dengan bilik air di dalamnya
Bilik kedua. 2 buah katil Queen tuuuuu....

Bilik air kedua. Bilik air dalam bilik utama macam ni jugak.  Lengkap dgn heater. Tak de rasa sejuk nak mandi pagi sebab tido dalam aircond.

Dapur lengkap. Boleh masak tau. Bahan nak masak bawa sendiri la ye. Tapi dah nama bercuti, mana nak masakkan.
Ada seterika lagi...Kalau tau, boleh bawak baju yang glamer-glamer.

Meja tambahan

Budak-budak, masuk-masuk cari tv. Tv ada Astro hokey. Boleh tengok la siaran utama. Dapat la budak-budak ni tengok Upin Ipin episod baru - Virus

Ada swimming pool. Tapi kena share la dengan penghuni lain. Tapi swimming pool ni dalam. Kalau boleh. bawa pelampung untuk anak-anak ye...

Opah, Tok Ndak dan cucu-cucu bergambar di sofa panjang

Pak Lang 1 family di kerusi diraja

Mama, Qabil & Qayyim di bangku tepi dinding. Jangan tanya abah sebab abah tak ikut.

Memang selesa apartment ni tau. Tak rugi la menyewa di sini.

Keesokan harinya, pagi-pagi budak-budak ni bising nak mandi swimming pool. Swimming pool ni sesuai untuk anak yang sebaya Qabil dan dewasa. Budak-budak kena pakai pelampung. Disebabkan kami main terjah je, tak de la bawa pelampung. Tapi tu semua tak mematahkan semangat anak-anak bergembira.

Pak Lang gigih mengusung anak sendiri dan anak buah mandi swimming pool.

Kena letak Qayyim dulu sebab nak ambil gambar.

Suka Qabil sebab dapat mandi pool. Qabil memang suka air

Budak ni dengan pampers je lepas mandi naik ke apartment.

Secara keseluruhannya memang berbaloi dan memuaskan hati menginap di sini. Owner yang bagus. Follow up dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas.

Sekarang ni pihak Indah Morib Homestay sedang mengadakan promosi untuk banglo mereka. Harga untuk 2hari 1malam adalah RM 1,000.00. Banglo lengkap dengan 5 bilik tidir, 4 bilik mandi, 3 private pool, tempat barbeku, dapur boleh masak. Boleh muat la kalau 5-6 keluarga untuk buat gathering.

Imsya'Allah kami akan datang lagi.

Bye Indah Morib Homestay....











Comments

Popular posts from this blog

~ Kek Kukus Horlicks ~

~Wadai Kepeng Citrawarna Berdurian~