~ Apam Pisang Madu ~


Assalamualaikum. Salam Ramadhan ke-7, insya'allah. 

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk seminggu kita berpuasa. Masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita.

Sempena Ramadhan kali ni, sempat la berbuka puasa bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Alhamdulillah. Sementara Qabil cuti sekolah kan. 

Menu yang dicuba untuk Iftar kali ini adalah
APAM PISANG MADU. 
Haaa....jangan pulak lepas ni dok menggagau cari pisang madu. Tak jumpa la kan. Resepi ni menggunakan madu. Sebab tu la nama dia lagu tu. 

Lagi satu, jangan pikir madu lain pulak tau. Ada jugak yang kena tu. 

Resepi ni senang. Pakai je la pisang apa pun. Asalkan sukatan dia 1 cawan pisang yang dilenyek. Tapi disebabkan malas nak sukat pisang tu, taram je pakai 3 bijik pisang cavendish tu.

Rasa apam ni seakan-akan cakey. Gebus dan lembut. Sebab dia pakai baking powder dan soda bikarbonat. Resepi sapa? Resepi dari Azlina Ina, cikgu memasak di Facebook.
Yang ni untuk Iftar rumah Pak Aji aka Hj Ben (abg Cik Abg)

Ni pulak rumah mama dekat Sungkai

Hahaha...kena adilkan. Buat menu yang sama. Sebanarnya sebab resepi ni yang senang.

Resepi di bawah ni tau. Senang. Boleh save dalam telepon terus.

Selamat mencuba...

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~