~ 9 Tahun Sudah Usiamu, Anak ~

Assalamualaikum.

Sekejap saja masa berlalu. Sekarang umat Islam sudah menjalani separuh dari ibadah puasa. Mesti ramai yang dah mula membuat persiapan bagi menyambut Hari Lebaran yang mulia.

Alhamdulillah, 6 Jun 2017 anakanda Muhammad Qabillah Ulwan genap umur 9 tahun. Sekejap je Qabil membesar dari baby menjadi anak remaja. 

Qabil yang sweet, Qabil yang manja, Qabil yang bijak. Qabil...satu antara sejuta. Membesarkan Qabil adalah anugerah terindah buat mama.

Tahun ni birthday Qabil jatuh pada bulan puasa. Jadi kita postpone sambut sekali dengan abah raya nanti la. Boleh sambut ramai-ramai dekat kampung nanti. Baru best makan kek.

Mama nak Qabil tahu yang kasih sayang mama tak berkurang walaupun dah ada adik. Qabil tetap anak mama yang terbaik. Semoga Qabil terus membesar dengan sihat, bijak, soleh dan menjadi anak yang terbaik untuk mama. 

Mama sayang Qabil sangat-sangat.

Sekarang dah pandai bergaya macho


Comments

Popular posts from this blog

~Kek Minyak Kukus~

~Kek Kukus Susu Berkeju~

~Kek Coklat Putih Marble~