~ Homemade Cookies by Sweetie Aznie ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Hari ni masuk hari ke 25 umat Islam berpuasa. Dah nak penghujung Ramadhan.

Ok, dah nak raya ni kan. Mesti semuanya sibuk menyediakan persiapan menyambut Aidil Fitri. Kaum perempuan la kan yang selalunya sibuk membuat persediaan. Bagi kaum ibu, pakaian anak menjadi keutamaan.

Selain dari baju raya, persiapan lain juga dalam senarai orang perempuan khan... Apa dia??? 

KUIH RAYA!!!
Ha....kuih raya kan. Mana yang pandai buat, mesti la menyediakan kuih raya air tangan sendiri kan..bagi yang mengalami kekangan masa, banyak kuih raya yang terdapat dipasaran sekarang. Pilih saja apa yang disukai. Yang penting, siapkan ongkosnya.

Tahun ni, Sweetie Aznie menyediakan 7 jenis kuih raya. Jangan risau, insya'Allah sedap. 

Jom kita tengok apa yang Sweetie Aznie sediakan untuk lebaran tahun ini. Insya'Allah Sweetie Aznie tidak akan mengecewakan tekak anda semua.

Signature kuih raya Sweetie Aznie
Honey Conflkes
Crunchy tau

Biskut Arab Susu
Ya Allah, sedap sangat dengan lemak minyak sapi dan susu tepung

Crunchy Nescafe + Choc Rice
Buat penggemar Nescafe. Sesuai untuk pesakit kencing manis kerana menggunakan 100% gula perang

Semperit Susu
Ceria warnanya. Rangup diluar, cair dimulut

Nestum Delight
Biskut nestum dan luarnya juga disaluti nestum. Tak kedekut nestum tau

Red Pearl
Kenapa Red Pearl? Sebab di atasnya ada ceri merah. Biskutnya adalah biskut conflakes yang crunchy ditambah denga chia seeds. Ala-ala biskut kesihatan tu

Crunchy Choc Chip
Ala-ala famous amous gitu. Kaya dengan coklat chip dalam setiap gigitan

Tu la keluaran Sweetie Aznie untuk lebaran kali ini. 

Chow

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~