~ Panggilan Kaabah ~

Bulan Haji
Telah tiba lagi
Untuk kita menunaikan ibadah
Haji di Baitullah....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ingat tak lagu di atas? Lupa dah. Rasa macam betul dah tu liriknya.

Musim haji telah tiba lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tempat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Seramai 30,200 jemaah dari negara kita bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini mengikut sumber dari Tabung Haji. Penerbangan pertama telah pun berlepas pada 14 Julai 2018 dan penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 14 Ogos 2018. 

Alhamdulillah, tahun ini mama terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji. Mama berangkat ke Madinah pada 29 Julai 2018. Insya'Allah mama akan tiba di Malaysia pula pada 13 September 2018. 45 hari kami berjauhan dari mama. 

Jelas terpancar keceriaan di wajah mama

Buat pertama kalinya tahun ini jemaah haji dari Lembah Kelang dan sekitarnya berlepas dari tempat baru iaitu Kompleks TH Sepang yang mana sebelum ini dilakukan di Kompleks TH Kelana Jaya. Dari Kompleks TH Sepang ini, jemaah akan di bawa menaiki bas ke KLIA untuk menaiki penerbangan mereka samada ke Madinah dahulu seperti mama atau terus ke Mekah.

Hotel Movenpick yang menjadi mercu tanda Kompleks TH Sepang

Pemergian mama menunaikan ibadah haji kali ini pertaman kali tanpa abah. Sebelum ni kemana sahaja mama pergi abah akan menemani mama termasuk ketika menunaikan umrah pada tahun 2015. Kali ni abah tak dapat menemani mama dan selamanya kerana abah telah kembali kepada Pencipta-Nya pada 12 Mac 2017. Semoga mama kuat dan diberikan kesihatan yang baik bagi memperoleh haji yang mabrur. Amin...

Selamat jalan mama. Kami menunggu kepulangan mama

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~