~ Homemade Playdoh ~

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Selamat bersantai bersama keluarga yang tersayang.

Apa aktiviti hujung minggu anda semua? Pergi bercuti atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah? Keluarga saya biasanya kalau hari Sabtu adalah hari mendobi. Hari Ahad pula, hari mencari barang dapur dan bawa anak-anak keluar. Kesian pula budak-budak ni. Isnin hingga Jumaat terperuk di sekolah dan nurseri je. So hari Ahad, bawa keluar walaupun hanya bawa pergi makan ais krim.

Tak tau kenapa, hari ni si Qayyim dok berzikir nak playdoh je. Tambah pergi Mr. Diy nak beli barang. Tapi kami tak belikan pun sebab takut beli nanti dia main, masuk dalam mulut. Makanya mama pun alihkan perhatian dia dengan ais krim. Nampaknya berjaya buat masa sekarang. Jadi, boleh sambung beli barang. Misi ke Jusco sebenarnya nak beli telur sebab telur gred A murah di Jusco. Dah pergi Jusco, mesti la masuk Mr. Diy tu. Untuk masa sekarang, masalah zikir playdoh dah selesai. Bawa anak-anak makan dan balik.

Rupa-rupanya zikir playdoh bersambung lagi. Makanya mama pun gigih google xari resepi homemade playdoh. Ramai dah yang buat playdoh sendiri. Sebenarnya ibu bapa bukan kedekut untuk keluarkan duit
 Tapi soal keselamatan yang lebih penting. Biasa la budak-budak. Kegemaran mereka suka mencuba sesuatu yang baru. Jadi kemungkinan makan playdoh tu adalah besar. Jadi, untuk lebih selamat, homemade playdoh adalah pilihan yang terbaik kerana ianya menggunakan bahan yang boleh dimakan.

Jadi, mama pun mencuba buat playdoh sendiri. Terima kasih kepada Puan empunya blog https://www.azrinanasir.com kerana memberikan resepi yang mudah dan bahan yang selalunya ada di dapur kita semua.

Jom kita cuba buat berdasarkan resepi blog tersebut di bawah.

Warna pilihan Qayyim

Homemade Playdoh
Sumber : blog Azrina Nasir

Bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam (resepi asal 1 cawan)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cream of tar-tar (ni saya jumpa ada yang cakap kalau takde, tak payah letak pun tak apa)
2 cawan air

Cara menbuatnya :
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati
2. Masak di atas api kecil sehingga menjadi doh

3. Sejukkan sebentar agak boleh pegang

4. Warnakan ikut pilihan anak anda. Pakai pewarna makanan tau. Bukan warna anak-anak buat lukisan tu.
5. Boleh mula main. Boleh simpan bila tak nak main dalam bekas bertutup.

Mudah sahaja bahan dan cara membuatnya. Seisi keluarga bolah main. Nak banyak, buat la sekilo tepung. Anggaran 1 cawan sama dengan 250g tepung. Jadi 1 kilo dalam 4 cawan lebih kurang.

Yang penting mak-mak ni tak risau anak nak masuk mulut. Rasanya sekali masuk mulut dah serik kot sebab masin tu. 

Qayyim senang hati dapat playdoh.

Enjoy!!!


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~