~ Selamat Pengantin Baru Adikku ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti blog ini. Eh, ada ke orang yang follow? Blog pun suam-suam je kan. Bukan blog femes pun. Sekadar nukilan perjalanan kehidupan yang dilalui untuk kenangan. 

Alhamdulillah, pada tanggal 6 Julai 2018 merupakan detik bersejarah buat adinda Atam aka Mohd Zuhri Syahmir b. Abdul Aziz kami. Anak lelaki bongsu dalam keluarga kami. Anak ke 6 dari 7 adik beradik. Anak manja mama ni. Dulu masa kecik memang la tak boleh berenggang dengan mama. Mama pegi toilet pun dia tunggu depan pintu toilet. Dah besar pun macam tu. Tapi tak de la dah nak tunggu depan pintu toilet. Nak shoping pun usung mama gak. 

Bercerita tentang Atam ni, memang boleh jadi bahan usikan. Dengan kulit yang putih seperti mama, muka yang jambu seringkali dia disalah anggap sebagai perempuan yang nak jadi lelaki oleh makcik-makcik bawang. Hello makcik. Tak perasan ke halqum punya besaq kat leher dia tu. Ayo....tp dia memang jambu kot. 

Majlis pernikahan berlangsung selepas Asar pada hari Jumaat (6 Julai 2018) di Masjid Sg. Klah. Dengan orang dekat je. Dengan sekali lafaz, maka bertukarlah status dr anak bujang mama kepada sang suami. 

Tok kadi yang best. Hilang debar pengantin. Sekali lafaz je dah lepas. Ni dah praktis sebulan tok kadi cakap

Atam & Kyra selepas majlis akad nikah

Acara penyerahan mas kahwin & menyarung gelang

Keesokan harinya, Sabtu (7 Julai 2018) berlangsung majlis di pihak perempuan. Majlis di adakan di Dewan Sg. Klah

Warna maroon sebagai tema pihak perempuan. Sama cantik, sama kecik molek

Keluarga besar kami

Majlis menyambut menantu pula diadakan pada hari Ahad (8 Julai 2018) di teratak bonda kami. Sedih juga bila mengenangkan tanpa abah. Dulu abahlah yang bertungkus lumus menyediakan menu bagi majlis seperti ini. Tapi kali ini kami adik beradik bertungkus lumus membantu mama bagi menjayakan majlis ini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya langit kelihatan mendung. Berkat mustajab doa seorang ibu, Allah memudahkan perjalanan majlis kami. 

Warna purple sebagai tema majlis kami

Selamat pengantin baru buat adinda 'Atam' dan Kyra. Semoga kekal hingga ke jannah.
Selamat datang Kya ke keluarga kami.

Pengantin lama pun nak menyelit juga.
Moga kita kekal ke jannah.

Aminnn.

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~